Berdoalah setiap hari bila terbitnya fajar matahari iaitu selepas menunaikan solat fardhu subuh, nescaya akan dipermudahkan segala urusan. Ketahuilah Allah SWT maha pemurah dan penyayang akan hamba- hambahnya.
Doa yang baik di pinta, pastinya akan mendapat balasan baik.
Doa Subuh Pembuka Rezeki Dan Amalan |
مَوْلَايَ عَبْدُكَ يُحِبُّ الِاتِّصَالَ بِطَاعَتِكَ فَأَعِنْهُ عَلَيْهَا بِتَوْفِيقِكَ أَيُّهَا الْمَنَّانُ مَوْلَايَ عَبْدُكَ يُحِبُّ اجْتِنَابَ سَخَطِكَ فَأَعِنْهُ عَلَى ذَلِكَ بِمَنِّكَ عَلَيْهِ أَيُّهَا الْمَنَّانُ مَوْلَايَ عَبْدُكَ عَظِيمُ الرَّجَاءِ لِخَيْرِكَ فَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَهُ يَوْمَ يَفْرَحُ بِخَيْرِكَ الْفَائِزُونَ
Mawlaaya, ‘abduka yuhibbul ittishoola bithoo’atika fa a’inhu ‘alaiha bi taufiiqika ayyuhal mannan. Mawlaaya, ‘abduka yuhibbu ijtinaaba sakhothika fa a’inhu ‘alaa dzaalika bi mannika ‘alaihi ayyuhal mannaan. Mawlaaya, ‘abduka ‘azhiimur rojaa-i li khoirika falaa taqthoo’ rojaa-ahuu yawma yafrohul faa-izuun.
Wahai Tuhanku, hambaMu senang menyatu dengan taat kepadaMu, maka bantulah dia dengan pertolonganMu, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu senang menjauhi murkaMu, maka bantulah dia atas itu dengan anugerahMu padanya, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu sangat mengharap kebaikanMu, maka jangan putus harapannya pada hari di mana orang-orang beruntung mendapat kebahagiaan.
Doa mudah dan ringkas untuk pembuka pintu rezeki setiap hari. Semoga doa ini memberi manfaat keberkatan kepada sahabat - sahabat yang membacanya dan megamalkannya.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.
Artinya:“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR. Ibnu Majah, dan Ahmad).
Amalan yang sepatutnya di lakukan di awal subuh, antaranya adalah;
- Berzikir dengan memuji kebesarab Ilahi dan junjungan Nabi Muhammad SAW
- Membaca kitab suci Al - Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduq
- Meningkatkan amalan jariah sedekah kepada yang memerlukan
- Sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT
0 Comments