Dunia digital yang canggih dan memodenkan individu dan memudahkan segala teransaksi haruslah di gunakan secara lebih bijaksana dan pintar.
Kelemahan terhadap menaakul atau menerima sesuatu maklumat palsu yang di kongsi atau di hebahkan pada umum, boleh mengundang pelbagai keburukan.
Justeru daripada itu, terdapat kesan keburukan penularan maklumat palsu untuk pengetahuan bersama, antaranya ;
- Menghuru hara sesuatu kawasan atau mukim
Sesuatu berita atau maklumat palsu yang diperolehi dan dikongsikan kepada umum, atau maklumat yang tular di media sosial dengan ditujukan kepada sesuatu perkara atau mukim, boleh mendatangkan keburukan. Lazimnya, masyarakat di kawasan berkenaan akan gusar bimbang, bergaduh sesama sendiri ekoran berita yang palsu semata - mata. Perkara seumpama berkenaan adalah tidak sihat.
- Merosakan akhlak kepada tidak mulia / tidak baik
Tabiat penularan maklumat palsu kepada umum menerusi media sosial adalah salah satu perbuatan yang tidak berakhlak, tidak mulia dalam meningkatkan ilmu pengetahuan nersama. Malahan perbuatan berkenaan, lagi memporak perandakan sesuatu mukim.
0 Comments