Bangunan pencakar langit yang kini menjadi igauan untuk mencapai sesebuah negara maju. Bangunan yang direka pelbagai bentuk senibinanya pasti memukau pandangan mata.
Lazimnya bangunan tinggi - tinggi sangat mengayat naluri atau erti kata lain terasa gayat atau takut dengan ketinggian bagunan berkenaan.
Keistemewaan Bangunan Pencakar Langit |
Walaupun demikian, terdapat keistemewaan di sebalik terbinanya bangunan pencakar langit, antaranya adalah;
- Penjimatan tapak khususnya kepada pembinaan blok - blok rumah
Bangunan yang dibina bertingkat - tingkat mampu menjimatkan tapak, ini kerana ia dapat menyediakan beberapa blok rumah atau unit dengan hanya satu tapak sahaja.
- Pemandangan persekitaran yang memukau
Bangunan pencakar langit, mampu memberi pemamdangan yang indah di sekitarnya. Hal ini kerana jika berada di kawasan atas atau puncak, pemandangan atau panorama sekitarnya dapat di nikmati dengan indah. Dalam masa sama ia juga memberi kepuasan dan ketenangan minda.
- Peningkatan atau pertambahan ekonomi sesebuah negara
Pembinaan bangunan pencakar langit secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Hal ini disebabkan kemasukan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat lebih dekat tentang bangunan pencakar langit mampu dan seterusnya menyuntik ekonomi negara berkenaan.
0 Comments