Kesan Menggunakan Jalan Raya Tunggal Atau Sehala

Kesan Menggunakan Jalan Raya Tunggal Atau Sehala

Jalan raya tunggal merupakan sejenis jalan raya yang tidak mempunyai pembahagi jalan bagi memgasingkan kedua - dua arah aliran lalu lintas. Ia merupakan jenis jalan raya yang paling lazim di dunia. Ia biasanya terdiri daripada dua atau lebih lorong yang ditandakan, dengan sekurang - kurangnya selorong bagi tiap hala. Jalan sehala juga dikategorikan sebagai jalan raya tunggal.

Jalan raya merupakan satu laluan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan lain, serta komunikasi perantaraan satu pihak dengan pihak yang lainnya.

Ia juga di bina bagi memudahkan pengangkutan barang - barang dengan baik dan berkesan dari satu destinasi ke destinasi lain.

Umumnya, pembinaan jalan raya ada pelbagai hala, iaitu sehala, dua hala, berkembar dan sebagainya.


Kesan Menggunakan Jalan Raya
Tunggal Atau Sehala



Lazimnya, terdapat beberapa kesan yang perlu dihadapi apabila menggunakan jalan raya tunggal atau sehala jika di lihat dengan mata kasar, antaranya;
  • Kesesakan lalu lintas yang melampau
Jalan sehala memang tidak dapat dinafikan di mana sering mengundang kepada kesesakan lalu lintas. Pertumbuhan kenderaan ibarat bagai cendawan tidak dinafikan ekoran kemampuan isirumah dan juga value kemderaan yang mampu dimilik, juga faktor penyumbang kepada kesesakan berkenaan.
  • Kemalangan yang tidak di jangka
Jalan raya sehala yang hanya mengunakan garisan sebagai pemisah lorong kiri dan kanan, sememangnya juga menyumbang kepada pertembungan kenderaan dari kedua - dua arah. Tanpa objek pemisah ( jalan raya berkembar ) risiko yang tinggi kemungkinan kecelakan berlaku. Hal ini, bertambah lagi sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
  • Perlu tumpuan lebih apabila hendak memotong kenderaan lain
Perkara lainnya juga, dimana jalan sehala agak sukar dan merbahaya untuk membuat potongN, atau erti kata lainya memotong kenderaan yang perlahan di hadapan. Keberanian serta keyakinan dan pemanduan baik perlu ada jika membuat tindakan berkenaan, dalam masa sama pastikan juga tiada kenderaan lain di hadapan semasa memotong. Situasi ini, sangat berbeza dengan jalan raya berkembar, dimana kenderaan yang bergerak perlahan boleh memandu di lorong kiri.
Namun, adalah dinasihatkan agar tidak memotong pada kedudukan seleko dan terburu - buru.



Justeru daripada itu, adalah sangat baik dengan kebijaksanaan agar sentiasa mematuhi arahan - arahan jalan raya yang telah ditetapkan. Dalam masa sama, memandu secara berhemat dengan sentiasa memakai tali pinggang. Waspasa selalu serta marilah gunakan jalan raya secara bersama dan harmoni.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian