Mewujudkan sesebuah persatuan sebagai contoh persatuan kereta bezza yang parking santai di tanjung aru merupakan salah satu langkah bijak dalam memantapkan kemajuan khususnya anak - anak muda terhadap aktiviti yang sihat dan bermanfaat.
Kereta yang parking rata - ratanya kereta keluaran perodua bezza dari pelbagai warna dan kekuatan enjin.
Langkah bijak dengan membentuk persatuan seumpama ini, mampu memberi banyak kebaikan, antaranya.
|
Kumpulan Kereta Bezza Santai Di Tanjung Aru
Persatuan seumpama ini, mampu membentuk satu ikatan silaturrahim yang utuh dan harmoni antara satu sama lain. Dalam pada itu, perbuatan saling kenal mengenali dapat ditingkatkan dan dalam masa sama meminimumkan gejala sosial negatif yang tidak berfaedah. Dalam pada masa sama, perbuatan kunjung mengunjung ketika musim perayaan mudah di lakukan dan bertambah meriah. - Mampu membantu kepada yang memerlukan
Perwujudan kumpulan sebegini walaupun sederhana, namun mampu menyumpang serta membantu kepada golongan yang tidak berkemampuan. Sebagai contoh, jika dana di sumbangkan oleh setiap ahli, secara tidak langsung dengan jumlah yang banyak itu, ia mampu membantu orang - orang atau ahli dalam kumpulan yang menghadapi kesusahan. Hal ini bukan sahaja meringankan bebanan, malahan salah satu jariah sedekah kepada yang memerlukan. - Mengisi masa lapang dengan kegiatan aktiviti sihat
Persatuan yang dibentuk sebegini juga mampu mengisi masa lapang dengan kegiatan sihat seperti membuat pameran dan lainnya yang bermanfaat pada masyarakat. Dalam pada itu, ia juga mampu mengutip dana dan boleh d sumbangkan kepada keluarga miskin atau yang memerlukan. Dalam pada itu juga, rakan - rakan dalam persatuan sangat mudah mendapat pertolongan atau dorongan dari rakan - rakan dalam persatuan, jika sesuatu majlis hendak di lakukan, seperti majlis perkhawinan, majlis keramaian dan lain - lain lagi. |
0 Comments