Pemikiran Dan Tingkahlaku Faktor Kejayaan

Pemikiran Dan Tingkahlaku Faktor Kejayaan

Kejayaan atau erti kata lainnya rezeki adalah rahsia Ilahi, namun seperti yang sedia maklum ianya perlu di dorong dengan usaha, doa dan tawakkal.

Rezeki itu luas dan telah disediakan di muka bumi untuk agar umat manusia menerokainya dengan pelbagai jalan atau cara.

Tahukah dan pernah anda melihat atau mengalami situasi seperti pada gambarajah di bawah, tentu pernah bukan? kejayaan seseorang sememangnya sukar di taakul dengan mata kasar. 

Lazimnya, tahu kah kita bahawa pemikiran dan tingkahlaku yang bijaksana sudah pasti membawa kepada kematangan yang baik, walaupun masih berada di usia remaja atau kanak - kanak. Dengan didikan luar dan dalam khususnya agama ia mampu membentuk nilai - nilai seseorang kepada lebih pintar khususnya kepada menggunakan akal fikiran.




Pemikiran Dan Tingkahlaku
 Faktor Kejayaan


Umumnya untuk menjadi bijak pandai tidak semestinya bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu, apa yang penting kerja smart, dan berada dalam posisi bijaksana. Dalam pada itu, pembelajaran harus di buat secara fleksible, maksudnya melakukan perkara berikut;
  • Pintar dalam membahagikan masa
  • Jangan belajar di saat - saat akhir
  • Amalkan pemebelajaran memahami berbanding menghafal
  • Jaga kesihatan, khususnya minda agar dapat menaakul sesuatu perkara yang luar biasa
  • Sentiasa bersifat pro - aktif dan berani
  • Sentiasa, meletakkan diri dalam posisi yang bijak pandai

Lazimnya, apabila emosi dan fizikal sentiasa berada pada paksi positif iaitu kesihatan seimbang, ia mudah untuk membuat sesuatu yang luar biasa, apatalgi di musim - musim peperiksaan atau temuduga. 

Oleh yang demikian, pemikiran dan tingkahlaku yang positif adalah penyumbang dan faktor yang kuat kepada kejayaan. Untuk itu, amalkan cara hidup yang baik, dengan fizikal yang sihat, berani dan aktif serta konsep pembelajaran yang mantap agar hasilnya lebih luar biasa. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian