Perbuatan Di Hari Jumaat Rezeki Mengalir Seperti Air

Perbuatan Di Hari Jumaat Rezeki Mengalir Seperti Air

Salam hari jumaat yang mulia dan penuh keberkatan dan kemualiaan

Hari segala penghulu hari yang mana terjadinya banyak perkara - perkara kebaikan. Hari jumaat juga diturunkan kitab suci Al - Quran yang syumul sebagai panduan hidup manusia di muka bumi.


Perbuatan Di Hari Jumaat Rezeki Mengalir Seperti Air



Perbuatan yang baik dan mendapat ganjaran pahala apabila dilakukan pada hari jumaat yang penuh barokah, antaranya;
  • Membaca kitab suci Al - Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk
  • Datang awal ke masjid (iktikaf) sebelum menunaikan solat fardu jumaat secara berjamaah
  • Mandi dengan tujuan membersihkan diri  daripada segala kekotoran
  • Mencukur bulu - buluan agar nampak kemas dan segak
  • Melakukan amal jariah dengan bersedekah kepada yang memerlukan (sedekah barang, wang ringgit, nasihat / pendapat/ semangat dan lain - lain lagi)
  • Memakai pakaian yang bersih dan wangi - wangian 
Doa amalan yang baik di hari jumaat moga rezeki berlimpah ruah.

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Terjemahannya : “Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Perbuatan Di Hari Jumaat Rezeki Mengalir  Seperti Air;
  • Perbanyakkan sedekah
  • Sentiasa bersyukur atas rezekinya, dan istigfar
  • Berusaha, namun sentiasa mendahulukan kebesaran Allah SWT
  • Berbakti kepada kedua ibu bapa
  • Bersifat positif, atau erti kata lainya meletakkan tingkahlaku pada posisi yang seimbang


Amalan zikir harian yang baik agar rezeki di permudah dan cepat.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Laa Hawla wa La Quwwata Illa Billaah 

Terjemahannya : "Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata." 

Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Thabrani)


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan