Risiko Jika Membuat Rumah Atas Air

Risiko Jika Membuat Rumah Atas Air

Rumah adalah satu aset yang dibuat dan dimiliki oleh setiap manusia yang berada di muka bumi. Rumah di dirikan samaada di daratan, atas air, lereng bukit atau mana - mana kawasan yang bersesuaian dan dirasakan strategik.

Rumah di bina samaada menggunakan struktur batu bata atau kayu kayan. Dalam pada itu, terdapat juga rumah yang di buat mengunakan zink, daun pelepah dan lain - lain lagi.

(gambar sekadar hiasan)

Risiko Jika Membuat Rumah
 Atas Air



Justeru daripada itu, jika di lihat dengan mata kasar terdapat beberapa risiko yang bakal di hadapi apabila membina rumah atas air, antaranya adalah berikut;
  • Berhadapan dengan fenomena air laut pasang besar
Fenomena air laut pasang besar yang sering berlaku sudah pasti menyebabkan air naik dan memasuki ruangan rumah. Hal memyebabkan secara tidak langsung kerosakan dan kemusnahan harta benda yang tidak di jangka.
  • Risiko angin kencang dan alunan ombak yang kuat
Rumah atas air juga akan berhadapan dengan risiko angin kencang dari arah laut, serta alunan ombak yang deras. Hal demikian sekiranya struktur tiang rumah tidak kukuh boleh menyebabkan tiang berkenaan patah dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan seluruh struktur rumah. Dalam masa sama juga, ia sangat berbahaya jika situasa sedemikian berlaku di waktu lewat malam.
  • Faktor kebakaran yang tinggi
Mendirikan rumah atas air juga secara rapat - rapat antara satu sama lain, boleh menyebabkan bencana kebakaran yang tidak di jangka. Dalam pada itu, perkara kebakaran akan mudah merebak ke rumah lainnya dengan tambahan deruan tipuan angin. Berlakunya situasi kebakaran jika menyulitkan kepada keselamatan kerana laluan yang sukar, iaitu dengan hanya menggunakan jembatan yang di bina sehala atau dua hala.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian