Warga Emas Rentung Dalam Kemalangan Kenderaan Terbakar

Warga Emas Rentung Dalam Kemalangan Kenderaan Terbakar

Nabawan, 19 Disember 2021 satu kejadian perlangaran kenderaan yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (hilux) melanggar sebuah kereta proton saga di jalan antara Sook dan Nabawan. 

Kenderaan proton saga yang tiba - tiba terbakar menyebabkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan sukar untuk keluarkan atau dikeluarkan menyebabkan rentung dan terbakar. 


Warga Emas Rentung Dalam Kemalangan Kenderaan Terbakar 



Dalam kejadian, orang awam di sekitar beekenaan berusaha memadamkan kenderaan yang terbakar dengan pelbagai cara (memadam dengan menggunakan pelepah daun, menyiram dengan air dalam baldi, dan menggunakan host atau paip) agar mangsa dapat di keluarkan dan diselamatkan, namun melihat keadaan api makin marak dan merebak hampir ke seluruh badan kenderaan, menyebabkan mangsa yang berada di dalam kenderaan rentung.

Kejadian yang berlaku sebelah pagi kemarin sempat dirakamkan oleh penduduk yang tinggal berdekatan dengan kejadian yang tular di paparan perkongsian applikasi whatsapp seperti pada paparan video di bawah.




Warga Emas Rentung Dalam Kemalangan Kenderaan Terbakar



Menurut kosmo, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Wahab Marjuki, 61, dipercayai terperangkap ekoran tersepit di dalam kereta Proton Saga 

jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.31 pagi.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian susulan laporan terbabit.

Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui seorang mangsa lelaki ditemui rentung di dalam kenderaan Proton Saga terlibat dalam kemalangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan