Setiap tahun ada sahaja cuti - cuti umum yang telah di tetapkan dalam kalender oleh pihak berkuasa. Ia meliputi cuti sempena perayaan, seperti tahun baru cina, hari raya, deepavali, cuti sekolah dan lain - lain lagi.
Lazimnya, apabila tibanya cuti umum ramai masyarakat hari ini yang mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu aktiviti riadah bersama sanak keluarga, seperti melancong, piknik dan lain - lain lagi.
Tindakan yang bijak dengan perancangan awal adalah sangat penting khususnya aktiviti yang hendak dilakukan di musim cuti - cuti umum. Berikut dikongsikan beberapa aktiviti yang bermanfaat dilakukan apabila tibanya musim - musim cuti umum, antaranya;
- Membersihkan halaman rumah secara bergotong - royong
Habuk dan hapak sesuatu perkara yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Oleh itu, dengan kesibukan rumah adakalanya bertambah kotor jika tidak atau kurang di bersihkan secara berkala. Oleh yang demikian, waktu cuti umum adalah peluang terbaik kepada isi rumah untuk membersihkan rumah secara bergotong - royong. Ia bukan sahaja ringan di lakukan, malahan dalam masa sama, mampu mewujudkan satu keluarga harmoni dalam isi rumah berkenaan.
- Menanam tanaman cepat tumbuh secara hidroponik di halaman rumah
Tindakan menanam tanaman seperti sayur - sayuran secara hidroponik di halaman rumah di musim cuti umum adalah sangat bermanfaat. Ia bukan sahaja meluangkan masa, malahan mengurangkan kepada kos perbelanjaan dapur isi rumah. Selain itu juga, dengan adanya hidroponik aktiviti bertani dapat dipupuk dengan cepat dan kerajinan kesihatan akan bertambah apabila melakukan penjagaan seperti menyiram dan membaja pokok berkenaan.
- Piknik di kawasan yang tidak berisiko dan mudah di lawati
Piknik adalah salah satu riadah yang boleh dilakukan bersama sanak keluarga di musim - musim cuti umum. Namun, adalah amat baik, aktiviti piknik di lakukan di kawasan yang tidak berisiko atau merbahaya. Taman awam adalah sangat strategik untuk di lawati, kerana percuma dan mampu menyumbang kepada zero perbelanjaan. Aktiviti piknik bersama sanak keluarga mampu mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, dan merenggangkan isu - isu atau masalah tekanan, terkurung di dalam rumah. Dalam masa sama, mampu mempelajari perkara baharu di kawasan luar rumah.
👉 Nasi Kerabu Mantul
0 Comments