Kuda Akhal - Teke Baka Kuda Emas Paling Mahal Di Dunia |
Menurut sumber nzdigita tentang kuda ini, menariknya mereka turut melampirkan kisah bagaimana kuda tersebut terpilih sebagai binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika perang.
“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.
“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.
“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.
Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”.
Kuda Akhal - Teke Baka Kuda Emas Paling Mahal Di Dunia |
Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus apabila hanya terdapat sekitar 6,600 ekor di seluruh dunia, terutama sekali di Turkmenistan, Rusia, Eropah dan Amerika Utara.
0 Comments