Biodata Tun Dr. Mahathir Mohamad
Maklumat diri
Nama penuh:
Mahathir Bin Mohamad
Nama ada gelaran:
Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tarikh lahir:
Beliau dilahirkan di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada hari Jumaat, 10 Julai 1925
Didaftarkan kelahiran pada: 20 Disember 1925
Asal:
Seberang Perak, Alor Setar
Bilangan adik - beradik:
Beliau merupakan anak bongsu daripada 10 adik-beradik (5 lelaki, 5 perempuan)
Nama Bapa:
Mohamad bin Iskandar
- Mohamad bin Iskandar berasal dari Pulau Pinang,[22] seorang Melayu dengan nenek moyang India dari negeri selatan India Kerala,
Nama Ibu:
Wan Tempawan binti Wan Hanapi
- Wan Tempawan, berasal dari Kedah
Pasangan hidup Tun:
Isteri: Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali (berkahwin pada 5 Ogos 1956)
Bilangan anak bersama Tun Dr. Siti Hasmah:
- Marina Binti Mahathir
- Mirzan Bin Mahathir
- Melinda Binti Mahathir
- Mokhzani Bin Mahathir
- Mukhriz Bin Mahathir
- Maizura Binti Mahathir
- Mazhar Bin Mahathir
Tun Dr. Mahathir mempunyai empat orang adik-beradik tiri dan lima orang adik-beradik kandung.
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Tun meletak jawatan pada 2020 dan juga sebagai Ahli Parlimen Langkawi di Kedah. Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House.
Dalam pada itu, Tun bertanding dalam pilihanraya 2018 sebagai calon pakatan harapan dan memenangi kerusi Langkawi seterusnyabdi angkat sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 dari penggal 2018 hingga 2020.
|
Biodata Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Tingkat Pendidikan
Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Sekolah Inggeris Alor Setar - Government English School (GES), yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut.
Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura 1947 mendapat biasiswa kerajaan. Pada tahun 1952, beliau telah memperolehi/dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
Pada tahun 1953. Semasa dalam pembelajaran aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali The Straits Times) di bawah nama penanya, C.H.E Det (Det adalah nama keluarga beliau). Penulisannya menyelami masalah-masalah orang Melayu. mywilayah
Kerjaya
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.
Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Dalam kerja politik pula, Tun Dr. Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 selepas tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.[26] Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau merupakan salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di kalangan golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Dalam pada itu, semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. wikipedia
Jawatan - jawatan yang pernah di sandang oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. mahathir Mohamad
- Perdana menteri malaysia ke 4
- Perdana menteri malaysia ke 7
- Pengerusi pakatan harapan
- Pengerusi parti pribumi bersatu malaysia
- Setiausaha agong pergerakan negara - negara berkecuali
- Timbalan perdana menteri malaysia ke 4
- Menteri kewangan
- Menteri dalam negeri
- Menteri pertahanan
- Menteri perdagangan dan industri malaysia
- Menteri pendidikan
- Anggota parlimen malaysia untuk langkawi, kedah
- Anggota parlimen malaysia untuk kubang pasu
- Ahli dewan negara malaysia
Yang Berhormat Tun Dr. mahathir Bin Mohamad Bersara pada bulan Oktober 2003, Tun Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
0 Comments