Biodata Ebit Lew (EL)

Biodata Ebit Lew (EL)

Latar Belakang Ebit Lew (EL)

Sepintas lalu, En. Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (lahir pada 21 Disember 1984), merupakan seorang usahawan, dermawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilannya yang berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir, remaja, dan golongan LGBTQ+. Selain itu, beliau juga dikenali dengan seminar - seminar motivasi berkonsepkan kekeluargaan miliknya, Keluarga Sunnah dan beliau juga adalah pemilik kepada rangkaian pasar raya Elewsmart.


Biodata Ebit Lew (EL)

Nama sebenar (muslim) : 

  • En. Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew

Nama penuh (cina) : 

  • Lew Yun Pau

Nama panggilan : 

  • Ebit Lew

Nama ada gelaran:

  • Ustaz Ebit Liew

Tahun lahir: 

  • 21 Disember 1984

Negeri Kelahiran : 

  • Negeri Pahang, Malaysaia

Tingkat pendidikan : 

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pekerjaan : 

  • Usahawan, Pendakwah Bebas dan personaliti media



Sejarah mula memeluk islam

Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama Islam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.



Kerjaya Perniagaan

  • Memiliki syarikat latihan dan motivasi
  • Memiliki jaringan pasaraya elewsmart
  • Pengusaha produk pakaian jenama elew's design
  • Memiliki restoran jenama paramount coffee house



Pencapaian

  • Penerima anugera maulidurrasul peringkat kebangsaan 1437H/ 2015M
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Profesor Hanim Tahir selama 4 tahun

Usahawan dan Dermawan

Biodata Ebit Lew (EL)



Anugerah Diperolehi

  • Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2019
    • Tempat kedua bagi kategori bukan cereka, menerusi buku 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
  • Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Anugerah MeleTOP Era 2020 - Anugerah Wira AME2020wikipedia


Dalam pada itu, dengan sifatnya yang ramah mesra menyantuni orang ramai, Ustaz Ebit Lew juga mesra dan mudah menyantuni masyarakat ramai.

Beliau juga telah banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, sepanjang musim pkp (perintah kawalan pergerakan). Bantuan di sumbangkan berbentuk makanan dan minuman, peralatan keperluan front liner, ubat - ubatan, pakaian dan lain - lain lagi.


Selain daripada itu, dalam misi menyalurkan bantuan dan sumbangan dalam masa sama, Ustaz Ebit Lew juga sebagai pendakwah bebas, telah mengislamkan ramai mereka - mereka yang belum memeluk agama islam atau bukan islam, dan di ucapkan selamat datang.  Dakam pada itu juga, semoga ramai lagi insan - insan baharu yang memeluk islam, ammin

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan