Cara Bayar Bil Elektrik SESB Kaedah Jompay

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Kaedah Jompay

Cara bayar bil elektrik SESB kaedah jompay. Terdahulu jompay adalah salah satu kaedah pembayaran elektronik menggunakan sistem online perbankan.

Fungsi jompay adalah sama dengan trasfer fund, cumnya jompay di wujudkan adalah untuk pembayaran sesuatu bil, seperti bil elektrik, bil telefon, bil air, bil pinjaman ptptn dan lain - lain lagi.

Kaedah yang mudah ini, membantu dalam melangsaikan hutang piutang dengan cepat hanya di hujung jari sahaja.

Untuk itu, anda tidak perlu lagi berbaris panjang di kaunter, berbaris di drive thru. Di sini dikongsikan kaedah atau cara membayar bil elektrik SESB menggunakan jompay. Untuk ini kita mengambil contoh online cimbclick seperti berikut;


Langkah 1
Anda harus mempunyai online banking, samaada maybank2u atau cimbclick atau yang lainya.


Langkah 2
Pertama sekali anda perlu login akaun Cimb Clicks anda, samaada anda menggunakan laptop atau telefon bimbit. Masukkan User ID CIMB Clicks anda dan kata laluan dengan betul.


Langkah 3
Selepas log masuk ke akaun, anda akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Sila klik pada menu "Pay & Transfer".


Langkah 4
Pilih kaedah bayaran atau perkataan JOMPAY yang terpapar untuk bayar bil elektrik SESB anda.


Langkah 5
Anda perlu masukkan nombor Biller Code (rujuk pada bil elektrik anda), Ref 1 (kod stesen yang terpapar pada bil elektrik anda) dan Ref 2 (No telefon anda yang boleh dihubungi) yang tertera pada bil elektrik anda.



Cara Bayar Bil Elektrik SESB Kaedah Jompay




Langkah 6
Pastikan Biller Code yang anda masukkan adalah milik, SABAH ELECTRICITY SDN BHD (nasihat jika anda tidak menjumpainya hubungi pejabat SESB talian hotline 15454 untuk mendapatkanya). Di masa akan datang, anda boleh tanda favourite jadi tak perlulah anda susah - susah untuk lagi taip. 


Langkah 7
Setelah semua ruangan lengkap, Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran.


Langkah 8
Double semak, bagi memastikan maklumat adalah tepat semua, dan seterusnya, Klik Request bagi permintaan TAC Number. Masukkan nombor enam digit yang di hantar ke telefon bimbit anda dan Klik confirm untuk bayar. 


Langkah 9
Langkah terakhir, kenyataan pembayaran telah berjaya akan terpapar di halaman menandakan teransaksi bayaran telah berjaya. Jika ingin mengetahui ia berjaya, sila semak baki akaun anda. Dalam pada itu juga, semakan juga boleh dilakukan dalam masa 3 hari selepas anda bayar (dalam tempoh bekerja).

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Kaedah Jompay

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan