Cara Bayar Pinjaman Ptptn

Cara Bayar Pinjaman Ptptn

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah salah satu badan yang menyediakan pinjaman  pendidikan kepada pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.

Pinjaman dengan kadar yang mampu di bayar semula, adalah sangat berbaloi lepada pelajar dan dalam masa sama meringankan bebanan mereka untuk meneruskan pengajian dengan selesa.

Justeru ini, bayaran balik haruslah dilakukan semula apabila pelajar telah menamatkan pengajian. Berikut adalah cara bayaran balik pinjaman ptptn paling mudah, cepat dan berkesan dan di hujung jari, antaranya;


Cara pertama

Pembayaran melalui online perbankan, Bank Maybank

  1. Pertama sekali, layari laman web Maybank Berhad, http://www.maybank2u.com.my/.
  2. Pastikan anda sudah mendaftar dan memiliki online banking iaitu ‘maybank2u’. Ini kerana anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
  3. Pilih perkataan ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i
  4. Seterusnya pada pilih ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’. Pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
  5. Pastikan anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
  6. Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan ‘pop-up’ satu skrin untuk anda isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
  7. Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
  8. Klik ‘Pay
  9. Seterusnya anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai ‘My Favorites’ dengan klik pada ruangan ‘+ Add New Favorite’ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
  10. Terakhirnya, bagi semakan, anda boleh melihat baki akaun anda melalui history untuk mengetahui samada akaun anda mengurang / telah di potong atau sebaliknya.

 

Cara kedua

Pembayaran boleh di lakukan menggunakan cara FPX iaitu terus menggunakan laman web PTPN.

1. Anda hanya perlu login ke akaun ptptn ionline dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.


Cara Bayar Pinjaman Ptptn



2. Di ingatkan, untuk menggunakan ptptn ionline, anda haruslah memiliki akaun perbankan online samaada maybank2u atau cimbclick.

3. Seterusnya, pada sebelah kiri, tekan simbol bergaris tiga dan pilih penyata baki. Paparan penuh akan terpapar.

Cara Bayar Pinjaman Ptptn



4. Seterusnya tetapkan jumlah yang ingin di bayar berdasarkan kepada perjanjian yang ptptn berikan kepada anda ( minimum jumlah sebulan) anda boleh juga membayar lebih. Selepas itu, klik petak pinjaman 2 dan tekan bayar.

5. Anda akan di bawah ke halaman seterusnya iaitu ptptn online payment gateway. Di ruangan ini, anda boleh pilih pembayaran menggunakan kad kredit atau debit iaitu fpx. Jika anda tidak mempunyai kad kredit, boleh pilih fpx sahaja.

6. Dengan cara fpx, anda perlu pilih nama bank anda terlebih dahulu. Pastikan bank yang anda pilih itu, mempunyai online perbankan seperti maybank2u / cimbclick, dan juga alamat emel anda.

Cara Bayar Pinjaman Ptptn



7. Seterusnya, tekan petak fpx iaitu i agree with the FPX terms and conditions. Pastikan anda diable pop-up komputer/ laptop anda. Seterusnya tekan bayar dengan fpx.

8. Setelah lengkap anda akan di bawah atau dihubungkan ke halaman perbankan online yang anda pilih. 

Cara Bayar Pinjaman Ptptn



9. Masukkan username anda, dan seterusnya pasword anda.

10. Setelah itu, tac (sekuriti code) akan di hantar ke pada anda, dan masukkan seperti biasa, dan klik bayar. Paparan successfully akan terpapar menandakan pembayaran telah berjaya.

11. Bagi semakan kepastian, anda boleh kembali ke halaman perincian baki PTPT untuk melihat jumlahnya saada mengurang atau sebaliknya. Manakala baki akaun perbankan anda akan mengurang.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian