Cara Jimat Elektrik Rumah

Cara Jimat Elektrik Rumah

Penggunaan bahan api di rumah haruslah di gunakan dengan lebih bijaksana agar tidak terjadi sebarang pembaziran.

Lazimnya, tampa disedari bil elektrik adakalanya meningkat saban hari. Hal ini disebabkan oleh faktor - faktor di luar jangkaan.

Oleh itu, cara jimat elektrik di rumah adalah bermula dari pemilik rumah temtang bagaimana tahap penggunaan barang - barang elektrik dengan bijaksana, diantaranya adalah berikut;



Cara Jimat Elektrik Rumah


  • Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila ianya tidak digunakan.

Matikan peralatan elektrik selepas ianya digunakan seperti sterika, televisyen, radio dan lain - lain lagi. 


  • Lakukan ini, ketika menggunakan pendingin hawa.

Apabila penghawa dingin dihidupkan, pastikan tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik.

Gunakan kipas angin untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap.

Untuk pengawalan lagi baik, tetapkan masa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, secara aitomatik.


  • Matikan komputer / laptop selepas digunakan dan berhenti mengecas apabila bateri sudah penuh.
Jangan biarkan peralatan berkenaan terbiar walaupun tidak digunakan atau direhatkan buat beberapa jam, ini kerana ia akan memakan arus elektrik dan membawa kepada pembaziran.


  • Sesekali perlu Manfaatkan cahaya semula jadi.
Cahaya semula jadi haruslah dimanfaatkan apabila cuaca berada dalam keadaan baik. Penggunaan cahaya matahari, mampu membantu kepada pengurangan tenaga elektrik.


  • Elakan mencuci pakaian dengan muatan penuh.
Memampatkan mesin basuh dengan pekaian boleh menyebabkan mesin basuh terpaksa menggunakan tenaga elektrik yang lebih bagi memusingkan motoresin basuh agar ia dapat berpusing dengan baik.


  • Kurangkan masa mandi menggunakan air panas.
Apabila keadaan cuaca baik, kurangkan menggunakan pemanas air untuk mamdi air panas.

  • Cari dan gunakan perkakas elektrik dengan label “5 Stars”

Tak kisah lah peralatan elektrik peti sejuk, kipas, TV ataupun aircon, pilih dan guna perkakas yang ada label penggunaan tenaga yang baik dan menjimatkan serta dan tahan lama, serta berkualiti tinggi.


  • Hadkan penggunaan peralatan elektrik

Selain itu, antara cara jimat elektrik yang mudah adalah menghadkan penggunaan peralatan elektrik.
Di sini, perlunya anda membuat kawalan dan menetapkan peraturan berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda.
Hadkan masa tontonan televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah.


  • Gunakan peralatan elektrik dengan betul
Untuk memastikan kurangnya masalah pembaziran tenaga elektrik, peralatan elektrik perlulah digunakan dengan cara yang betul sepertimana spesifikasinya.
Sebagai contoh, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10kg, maka pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat tersebut.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian