Cara Mengawal Telefon Pintar Anak - Anak

Cara Mengawal Telefon Pintar Anak - Anak

Telefon pintar hari ini sudah boleh di miliki oleh setiap orang, tidak kira peringkat dewasa, remaja mahupun kanak - kanak. Kemampuan ibu bapa juga tidak terbatas dalam memenuhi kehendak anak - anak menggunakan telefon pintar sebagai medium perhubungan yang mudah, cepat dan berkesan ketika berjauhan. Oleh itu hampir semua anak - anak dalam institusi keluarga memiliki peranti berkenaan.

Namun demikian, kawalan haruslah di lakukan kerana hari ini telepon pintar adalah salah satu layar atau jalur tanpa sempadan yang mana pengguna boleh melihat atau melayari pelbagai sumber maklumat, tidak kira maklumat berkenaan adalah negatif atau positif.



Cara Mengawal Telefon Pintar
 Anak - Anak


Seperti yang kita maklum, tidak semua ibu bapa dapat memantau secara terus dengan mengambil telepon bimbit anak - anak setiap hari atau setiap saat dan minit. Pemantauan yang lemah amat bahaya dan boleh memberi kesan buruk pada anak - anak, ini kerana pengaruh media sosial hari ini adalah sangat pantas hari demi hari yang mengandungi pelbagai maklumat, seperti facebook, tik tok, instagram dan lain - lain lagi


Oleh itu, tindakan bijak dengan pengawalan secara digital boleh dilakuan tampa meminta atau mengambil telefon bimbit anak - anak, ia boleh dilakukan melalui pintasan atau sekatan menggunakan memuat turun / install aplikasi  google family link di play store.



Cara Mengawal Telefon Pintar
 Anak - Anak



Google Family Link

Aplikasi yang perlu anda muat turun ialah Google Family Link. Ia boleh digunakan pada peranti Android, iOS dan kesemua pelayar web milik ibu-bapa untuk mengawal peranti Android milik anak. Sebelum kami memulakan tutorial anda terlebih dahulu perlu memastikan peranti anda melepasi spesifikasi minima yang diperlukan

  • Android – Menggunakan Android 5.1 Lollipop dan ke atas.
  • iOS – Menggunakan iOS 10.0 dan ke atas.

Persediaan Pada Peranti Ibu Bapa

Sebagai permulaan, aplikasi Google Family Link For Parents perlu dimuat turun pada peranti Android atau iOS milik ibu-bapa.


Persediaan Pada Peranti Anak

Peranti tidak perlu ditetapkan semula (factory reset) untuk dikawal asalkan ia menggunakan Android 7 dan ke atas. Pada peranti yang lebih berusia anda perlu melakukan tetapan semula. Pada waktu yang sama hanya satu akaun gmail sahaja perlu dilog masuk. Jika peranti mempunyai lebih dari satu gmail, padam akaun lain kecuali akaun gmail yang ingin dikawal secara terus.

Seterusnya muat turn Google Family Link For Children and Teenagers pada peranti Android milik anak. Bagaimana pula jika anak anda menggunakan peranti iOS? Ini akan kami sentuh dalam artikel lain di kemudian hari. Memandangkan majoriti ibu bapa hanya mampu membelikan peranti Android kepada anak, kami mendahulukan tutorial untuk sistem operasi ini terlebih dahulu.

Jika anak anda mempunyai lebih dari satu peranti, muat turun Google Family Link For Children and Teenagers pada kesemua peranti tetapi langkah-langkah yang kami akan terangkan di bawah hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Langkah demi langkah penggunaan boleh klik panduan berikut;

👉 Langkah Menggunakan Google Family Link


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan