Faedah Melancong

Faedah Melancong

Melancong adalah satu perbuatan untuk mengunjungi atau melawati sesuatu kawasan baharu. Ia adakalanya di lakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau rakan taulan. Melancong pada masa kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, dan ada yang melancong pada cuti - cuti umum dan ada pula yang melancong di waktu - waktu hujung minggu iaitu sabtu ahad. 



Faedah Melancong



Perbuatan melancong, jika di lihat pada mata kasar hanyalah membuat duit, tenaga serta masa. Namun di sebalik melancong tersirat banyak faedah kebaikan yang diperolehi, dan berikut adalah di antaranya;

  • Mempelajari sejarah dan budaya sesuatu kawasan baharu
Melancong dapat meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya sejarah kewujudan serta perkembangan sesuatu kawasan, seperti afamosa, gunung kinabalu, gua mulu dan lain - lain lagi. Dalam pada itu, budaya sesuatu kaum di kawasan yang dikunjungi dapat diketahui dan dipelajari dengan lebih dekat. Lazimnya, terdapat pelbagai kaum dan etnik di dunia ini yang rata - ratanya berbeza antara satu sama lain.
  • Mengatasi masaalah emosi dan fizikal dengan berkesan
Tekanan yang adakalnya di hadapi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keboringan, pergaduhan, buli dan lain - lain lagi boleh di atasi dengan berjalan - jalan atau melancong ke destinasi yang ditujui seperti tempat peranginan langkawi, pulau sipadan dan lain - lain. Sesungguhnya dengan melancong, suasana persekitaran yang damai mampu memberi ketenangan kepada jiwa dan raga secara semulajadi. Bukan itu sahaja, ia juga mampu memadamkan rasa tekanan dalam minda denga berkesan, di sebabkan wujudnya suasana keriangan di sekeling semasa berada di kawasan yang di lawati.
  • Ikatan silaturrahim antara yang kain dapat di bentuk dengan lebih akraf.
Aktiviti melancong mampu membentum satu ikatan silaturrahim di kalangan para perancong samaada keliarga, rakan taulan atau sahabat - sahabat baharu yang baru di kenali di kawasan yang di lawati.  Ikatan ukhwah yang harmoni dapat membentuk satu keluarga bahagia. Perbuatan berkenaan bukan sahaj baik, malahan menyumbang kepada ketidak berlakunya gejala sosial negatif yang tidak bermanfaat.
  • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi sesbuah negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan merasa tertarik untuk mengunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini, secara tidak langsung bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara yabg mereka kungjungi. Pertukaran mata wang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Ekonomi yang mahsyur mendorong sesebuah negara untuk mampu berdaya saing di persada antarabangsa serta menjadi setaraf dengan negara maju yang lain di pelusuk dunia. Hubungan simbiosis di antara pelancong dan negara - negara yang dikunjungi, memberikan manfaat kepada kedua-dua bela pihak. Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah sentiasa berwaspada dan ingatlah bahawa perlunya mengikuti atau mematuhi peraturan - peraturan yang telah di tetapkan di negara yang dilawati dengan lebih bijaksana.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian