Keburukan Bergaduh

Keburukan Bergaduh

Bergaduh adalah salah satu perbuatan yang tidak sihat dikalangan belia, remaja mahupun golongan dewasa.

Bergaduh adakalanya terjadi disebabkan dendam, iri hati, dengki, atau perselisihan faham di luar jangkaan.

Dalam pada masa sama, bergaduh banyak keburukannya di antaranya adalah;
  • Keruntuhan ummah 
Bergaduh boleh memberi kesan kepada keruntuhan ummah di kalangan ummat. Ikatan silaturrahim yang di bina atau terjalan akan renggang dan membawa kepada kepusaran dalam hati setiap insan. 


Keburukan Bergaduh



  • Pembentukan kongsi gelap berleluasa di serata tempat
Pergaduhan boleh menyebabkan timbulnya banyak persatuan jenayah atau kongsi gelap di kalangan masyarakat. Persatuan di tubuhkan bagi merayi ramai ahli dan kekuatan agar di segani oleh yang lain. Kewujudan kongsi gelap mampu menyumbang kepada kadar jenayah tinggi dan seterusnya berpuak - puak di kalangan ummat.
  • Pelajar sekolah akan kurang minat kepada pelajaran
Bergaduh boleh menyumbang kepada pelajar yang terlibat untuk kurang atau tidak fokus kepada pelajaran. Pengaruh hiburan serta keseronokan adalah sangat pantas dan jika jati diri lemah, boleh terjerumus ke lembah pergaduhan dan keruntuhan akhlak.



Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; 
" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi." 
                             (Utusan Malaysia 20 Feb 97


  • Peningkatan jenayah yang berterusan
Bergaduh boleh menyebabkan peningkatan kadar jenayah berterusan tahun demi tahun. Ini kerana, dendam lama yang ada dalam hati sudah pasti akan di lakukan semula apabila bertemu dengan orang yang tidak sehaluan terdahulu. Kadar jenayah bukan sahaja menjurus pada pergaduhan, malahan kesan daripada berkenaan ia akan menyebabkan berlakunya kes pecah rumah, pengambilan dadah, penjualan dadah dan sebagainya.




Bahaya bergaduh depan anak - anak

1. Anak - anak akan mencontohi perbuatan ibu bapa.

2. Anak - anak akan tidak menghormati orang tua, kerana rasa tahun di marahi dan akan jadi lebih agresif.

3. Anak - anak akan melarikan diro dari rumah kerana ketakutan.

4. Anak - anak tidak akan menumpuhkan perhatian terhadap pembelajaran kerana fikirannya melayang kepada situasi orang tuanya yang dilihatnya di hadapan matanya sendiri.

5. Anak - anak akan menghadapi tekanan dan kemurungan.

6. Anak - anak tidak ceria samaada di sekolah mahunpun di luar sekolah.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat