Mencuri adalah salah satu perbuatan yang dimulai dengan niat, dan dilakukan dengan menggunakan anggota fizikal badan untuk mengambil sesuatu barang atau benda milik orang lain, tanpa pengetahuannya atau meminta izin dengan empunyanya.
Mencuri bukan sahaja ditegah dalam agama dan merupakan perbuatan yang tidak baik, malahan ia juga mempunyai banyak keburukan, antaranya:
- Meningkatkan amalan dosa
Perbuatan mencuri boleh meningkatkan atau menambahkan amalan dosa dan pastinya akan di hisab di akhirat kelak. Balasan akan diterima seperti yang termaktub, bahawasanya mereka yang berbuat jahat akan mendapat balasan jahat dan sebaliknya.
- Merengangkan ikatan silaturrahim
Mencuri boleh menyumbang kepada kerengangan ikatan silaturrahim sesama insan. Ia juga mendorong seseorang lebih aktif dengan menanamkan sifat - sifat tercela dalam diri sehinggakan membawa kepada ketidak harmonian sesebuah keluarga.
- Pergaduhan
Pergaduhan boleh berlaku antara dua bela pihak boleh terjadi akibat kedakpuasan dan amarah yang memuak dalam diri. Pergaduhan juga adakalanya mendorong kepada jenayah lebih yang boleh membawa kepada pembunuhan.
- Dendaan
Sifat mencuri, akan memakan diri sendiri, di mana si pencuri bukan sahaja akan menerima padah akibat dipukul orang ramai disekeliling, malahan ia juga akan di denda dan dikenakan tindakan undang - undang seperti penjara atau kedua - duanya sekali.
0 Comments