Solat adalah satu perbuatan dengan mengerakan anggota fizikal badan untuk berdiri mengadap kiblat, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan lainya yang termasuk dan telah ditetapkan dalam rukun solat.
Lazimnya, solat boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah, iaitu lebih daripada satu orang. Ia boleh dilakukan di rumah, masjid, surau atau di mana sahaja yang penting kawasannya selesa, bersih dan sesuai untuk mengadap kiblat.
Mengerjakan solat mengikut kemampuan, jika tidak berdaya berdiri, ia boleh di kerjakan secara duduk, atau baring.
Hayati jaminan yang disediakan oleh Allah SWT jika solat di Masjid / Surau kepada ummatnya;
Seorang yang keluar berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang.
Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat pahala dan ghanimah
Seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam maka Allah jamin ke atasnya.
Untuk itu, terdapat banyak kelebihan dan nikmat solat secara berjemaah di Masjid atau Surau, antaranya;
- Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT
- Mendapat perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat
- Terhalang daripada seksaan api negara dan golongan munafik
- Di ampunkan dosa - dosa eh Allah SWT
- Mendapat jaminan penguni syurga daripada Allah SWT
- Pahala seperti mengerjakan haji
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan rakan taulan, persaudaraan
- Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW
- Meningkatkan ilmu pengetahuan apabila seringkali mendengar imam membaca setiap surah
- Dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mendengar kuliah - kuliah atau majlis ilmu yang di laksanakan di masjid atau surau sementara menunggu solat
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pahala solat seseorang dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua puluh lima darjat. Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa, sampai dia masuk ke dalam masjid. Apabila dia telah masuk masjid, maka dia dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadats." (HR Abu Daud No: 472) Status: Hadis Sahih. mywilayah
Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid Dan Surau |
0 Comments