Ceramah magrib sering dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardhu magrib, iaitu sementara menunggu solat fardhu isyak.
Lazimnya terdapat banyak manfaat kebaikan jika menghadiri kuliah magrib di masjid atau surau, antaranya;
Manfaat Menghadiri Ceramah Magrib |
- Meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama
Manfaat yang diperolehi jika sering kali menghadiri kuliah magrib di masjid dan surau adalah dengan meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.
- Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda
Mendengar atau menghadiri kuliah magrib di masjid mendapat ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT. Dalam masa sama solat berjemaah d masjid mendapat ganjaran syurga.
- Meningkatkan ikatan silaturrahim di kalangan ummat
Kerajinan menghadiri ceeamah atau kuliah magrib di masjid atau surau mampu memupuk ikatan silaturrahim yang utuh dan harmoni di kalangan ummat, baik antara para hadirin mahupun dengan penceramah.
0 Comments