Merokok adalah salah satu perbuatan yang dilakukan dengan menyedut asap rokok dan mengeluarkannya semula. Keghairahan merokok meningkat apatalagi selepas selesai makan dan minum.
Merokok di restoran adakah baik atau tidak baik dan adakah semua si perokok, merokok secara bijaksana, dengan menghiraukan keadaan sekeliling dan juga tempat merokok iaitu restoran. Pasti ramai yang tidak selesa makan dan minum apabila pelanggan meja sebelah atau belakang atau tepi merokok sehinggakan kepulan asap mengenai dan menganggu situasi makanan dan minum, apatalagi pada ketika itu makan dan minum bersama anak - anak kecil. Selain daripada faktor kesihatan, ia juga memperlihatkan suasana pemandangan yang tidak sihat dan bersih.
Dalam pada itu, selain daripada tindakan yang telah dikuatkuasakan, dan amaran larangan merokok yang disediakan eh pemilik di sesetengah restoran atau kedai makan, namun, kadang - kadang ianya tidak di endahkan, ibarat tutup sebelah mata.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, sejak Januari hingga 24 Oktober, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Penguatkuasaan Larangan Merokok di bawah Peraturan 11(1) PPKHT 2004 (PPKHT).Tegas Khairy, larangan merokok bukan bertujuan menghukum golongan perokok sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada berkenaan serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling. sinarharian
Oleh yang demikian, marilah menggunakan otak, mental fizikal dengan mengambil langkah lebih bijaksana, dengan melakukan perkara berikut apabila berada makan minum di kedai makan atau restoran;
- Sekiranya ke ghairahan memuncak untuk merokok, maka merokoklah pada jarak yang berhampiran dengan restoran, iaitu berdiri di luar restoran. Hal ini sangat bijak kerana kepulan asap tidak mengenai pelanggan yang lain.
- Merokok selepas selesai makan dan bayar. Erti kata lainnya, setelah selesai membayar, barulah meroko di luar samaada di kereta sendiri atau pada jakak yang jauh.
- Lihat dahulu sekeliling restoran jika ada di pasangkan tanda larangan meroko, jika ada maka janganlah merokok.
- Tanya pemilik premis, samaada kebenaran merokok atau sebaliknya. Namun, sebagusnya dan jika ada kebenaran, maka merokoklah di luar iaitu halaman lapang restoran.
- Tanamkan sifat toleransi dalam diri dengan tidak meroko di restoran dengan iltizam tinggi demi kesihatan yang lain dan juga kegembiraan bersama.
0 Comments