Perlis Benarkan Rapat Saf Solat Berjemaah Di Masjid

Perlis Benarkan Rapat Saf Solat Berjemaah Di Masjid

Perlis, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan solat berjemaah rapat saf dibenarkan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan isu semasa C0vid-19 di negeri itu.

Selain daripada itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9% atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari 2022 lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal. mypendidik



Perlis Benarkan Rapat Saf Solat Berjemaah Di Masjid


Kebenaran solat secara berjemaah di Masjid dan Surau berkuatkuasa mulai solat fardhu subuh sabtu ini iaitu 08 Januari 2022. 

Solat rapat saf berjemaah dibenarkan di seluruh Masjid di negeri berkenaan. Manakala surau atau tempat umum, kekal tidak dibuka. Larangan juga merangkumi tempat - tempat institusi atau agensi lain, melainkan ada kebenaran dan kelulusan dari MAIPs.

Dalam masa sama, Raja Perlis berharap agar semua masyarakat di Negeri berkenaan sentiasa patuh dengan arahan - arahan yang ditetapkan dan diperkenanlan dengan lebih bijaksana. 

Perlu ketahui, kenapa pentinya solat?

👉  Kelebihan Mendirikan Solat


👉  Kelebihan Solat Lima Waktu


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan