Perayaan thaipusam adalah salah satu perayaan yang dirayakan oleh kaum hindu di seluruh dunia. Ia juga dirayakan dengan tujuan untuk menghormati dewa hindu, iaitu Dewa Murugan.
Dalam situasi yang sama, Dewa Murugan juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Selain daripada itu, hari thaipusam adalah hari untuk menebus atau meminta nazar.
Lazimnya, dan kebiasaannya terdapat beberapa persiapan yang akan dilakukan oleh individu atau sesebuah isi rumah sebelum atau apabila tibanya hari thaipusam, antaranya adalah berikut;
- Membeli belanga yang diperbuat daripada tanah atau aluminum dan kelihatan cantik
- Membeli pakaian cantik - cantik dan dipakai semasa hari thaipusam
- Membersihkan rumah dan menghiasnya agar kelihatan menarik
- Membawa belanga yang berisi susu ke kuil
- Kaum lelaki mencukur rambut dan meletakkan serbuk cendana dan air atas kepala
- Bagi yang memohon pengampunan dosa, kavadi akan dibawah atau di junjung di atas bahu atau kepala ke kuil
- Membeli dan menyediakan makanan dan minuman untuk persediaan semasa hari thaipusam
0 Comments