Fenomena bencana banjir merupakan salah satu bencana alam yang berlaku di sebabkan beberapa faktor atau sebab.
Menurut kepada sudut agama, ia berpunya daripada kerakusan manusia yang cenderung melakukan perkara - perkara yang tidak dilarang. Ekoran daripada itu, bala yang menimpa bukanlah sengaja dan ia adalah sebagai peringatan atau bayangan kepada semua agar sedar dan tahu setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmah diaebaliknya.
Lazimnya, dan merujuk kepada teknologi semasa serta sudut alam, terdapat beberapa punca berlakunya banjir yang boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan harta benda, antaranya seperti berikut:
- Sistem perparitan yang lemah
Sistem perparitan yang lemah dan tersumbat tidak mampu menampung takungan air dan menyebabkan air melimbah sehinggakan menyebabkan terjadinya banjir. Saiz parit yang kecil dan tidak dalam juga menjadi faktor kebanjiran sesuatu kawasan.
- Pembalakan tidak terkawal dan berleluasa
Kaedah pembalakan yang tidak terancang dan berleluasa juga adalah punya kepada terjadinya banjir. Hal ini kerana, pokok - pokok yang telah di tebang dan berkurangan tidak mampu lagi menampung struktur tanah dan menyerap air, sehinggakan air dari bukit khususnya mengalir ke tanah rata dan melimpa sehinggakan terjadinya banjir.
- Pembangunan yang rancak dan mampat
Teknologi moden dan pembangunan yang rancak dengan menerokai tanah secara berleluasa serta rapat - rapat juga menyumbang kepada terjadinya banjir. Penerokaan struktur tanah boleh menyebabkan keadaan tanah semakin terancam dengan bebanan yang berat dan juga struktur takungan air yang lemah boleh menyebabkn air bertakung d merata tempat dan menyumbang kepada fenomena banjir.
- Kerosakkan empangan air
2
Empangan air merupakan salah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan dengan kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan perumahan. Ini boleh dilakukan kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau dinding yang tinggi yang menyekat saluran air di sungai. Apabila empangan air rosak, air yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui benteng ke kawasan bandar dan perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku. Dalam pada itu, penyelengaraan yang tidak konsisten boleh mengundang kepada kerosakkan empangan dan seterusnya boleh menyebabkan empangan pecah sehinggakan membawa kepada bencana alam iaitu banjir.
0 Comments