Punca Kesesakan Lalulintas

Punca Kesesakan Lalulintas

Kesesakan lalulintas sering berlaku di mana - mana sahaja jalan raya utama ataupun yang lainya. 

Situasi sedemikian terjadi disebabkan atau berpunya daripada beberapa faktor atau keadaan, antaranya adalah;
  • Lambakan kenderaan
Lambakan kenderaan mengundang kesesakan lalulintas. Ini kerana dengan adanya bilangan kenderaan yang banyak dimiliki oleh setiap isirumah, sehinggakan terdapat sekeluarga yang memilih sepuluh buah kemderaan. Cuba bayangkan jika semua kenderaan berada di jalan raya, bukankah kesesakan dan kenderaan hanya akan bergerak semakin perlahan.
  • Jaringan jalan raya yang lemah
Keadaan jalan raya yang lemah juga menyumbang kepada kesesakan lalulintas. Jalan raya secara sehala atau dua hala, tidak memadai untuk menampung lambakan kenderaan di era berteknologi maju sekarang ini. Jalan raya haruslah konsisten, bertingkat, kurangkan penggunaan trafik light, dan double hala.
  • Pemanduan yang tidak mengikut undang - undang jalan
Sikap pemanduan yang tidak bijaksana dengan tidak mengikut peraturan - peraturan jalan raya yang telah dikuatkuasakan, seperti memandu perlahan di lorong kanan, tidak memberi signal lebih awal jika hendak berpindah lorong atau membelok kanan atau kiri.


Punca Kesesakan Lalulintas




  • Memperlahankan kenderaan dengan melihat situasi, contoh jika terjadi kemalangan jalan raya
Sikap pemandu yang sengaja memperlahankan kenderaan dengan semata - mata hanya melihat dan mengambil gambar situasi kemalangan lain, sebagai contoh yang berlaku di jalan raya, tanpa memikirkan pemandu lain yang berbaris di bahagian belakang, juga menyumbang kepada kesesakan lalulintas di jalan raya.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan