Aktiviti pembalakan yang berleluasa semakin hangat dan aktif di lakukan di mana - mana tempat. Penggunaan teknologi yang canggih, memudahkan aktiviti pembalakan dengan mudah dan cepat.
Lazimnya terdapat beberapa punca pembalakan berleluasa di sesuatu kawasan, antaranya adalah;
- Kawalan yang tidak konsisten
Penguatkuasaan yang tidak konsisten menyumbang kepada kegiatan pembalakan berlaku secara berleluasa. Dalam pada itu, peningkatan juga di dorong oleh dalang yang atau seseorang yang berpengaruh dan mampu mengawal selia sepenuhnya tentang kegiatan berkenaan.
- Permintaan pasaran
Punca aktiviti pembalakan berleluasa terjadi kerana permintaan yang berlipat kali ganda di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Keuntungan yang besar, mendorong untuk menerokai hasil hutan tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya di masa mendatang.
- Pembangunan
Sektor pembangunan khususnya pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga menjadi faktor kepada aktiviti atau kegiatan pembalakan berlaku secara berleluasa. Kayu kayan yang bermutu tinggi di gunakan untuk mendirikan atau membina bangunan - bangunan pencakar langit. Dalam pada itu,
- Pencerobohan
Aktiviti pencerobohan pembalakan juga penyumbang kepada kegitan sedemikian berlaku dengan lebih aktif dan hangat. Timdakan seumpama ini, bukan sahaja merugikan sesebuah negara malahan boleh mengundang kepada fenomena banjir atau tanah runtuh tanpa di sedari. Kerosakan struktur tanah juga membuatkan pemandangan flora menjadi tidak indah dan seimbang.
Justeru daripada itu, kegiatan pembalakan yang berlaku secara berleluasa, akan membawa kepada kesan buruk kepada alam sekitar. Kesan pembalakan akan mengubah sama sekali struktur rupa di muka bumi di kawasan berkenaan. Pembalakan yang dilakukan secara meluas telah mengakibatkan penukaran tanah dari hutan kepada pertanian. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, pembalakn yang berleluasa dan haram turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh. Pembalakan berleluasa danpa kawalan atau perancangan boleh menyebabkan kemusnahan hutan yang berterusan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Hal sedemikian boleh menyebabkan pencemaran tanah. Sebagai contoh, pencemaran tanah akan menyebabkan berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir. Dalam masa sama, ramai masyarakat yang akan mengalami kerugian ekoran kemusnahan harta benda dan lain - lain lagi.
0 Comments