Musibah bencana alam banjir merupakan salah satu musibah yang ada hikmahnya dan juga satu petanda peringatan agar kembali kepada perkara yang di suruh dan mencegah perkara yang dilarang.
Justeru itu, walaupun ia disebabkan oleh beberapa faktor, namun hakikatnya pelbagai risiko yang akan dihadapi selepas di landa banjir, antaranya.
- Kewangan
Selepas di timpah banjir, perkara yang dihadapi adalah sumber kewangan untuk menampung kos sara hidup khususnya keperluan asas. Dalam pada masa sama, keperluan terhadap barang - barang kehendak adakalanya penting demi kehidupan lebih stabil.
- Pekerjaan
Risiko kedua yang bakal di hadapi pekerjaan. Hal ini kerana apabila kerja di tinggalkan lama atau terkena banjir, ia mengundang kepada kehilangan pekerjaan, dan dalam masa ia menyumbang kepada kemorosotan pendapatan tetap.
- Harta benda
Musibah banjir juga mengundang kepada risiko kehilangan harta benda seperti rumah, barang - barang dalam rumah, pakaian, dokumen - dokumen penting dan lain - lain lagi. Kemusnahan harta benda menjadi tangungan atau bebanan tinggi kerana pencarian terpaksa dimulakan semula dan memerlukan dana.
Ikuti juga tindakan bijaksana apabila dilanda fenomena bencana alam banjir:
0 Comments