Ucapan Doa Sempena Harijadi

Ucapan Doa Sempena Harijadi

Sebagai orang Islam dan umat Rasulullah SAW kita diwajibkan berdoa walau dalam apa keadaan sekalipun dan ini termasuk doa untuk hari lahir dengan penuh kesyukuran kepada seseorang yang kita sayangi.


Selain itu, adalah menjadi sunnah Nabi sekiranya kita mendoakan untuk kesejahteraan dan kebaikan saudara muslimin dan mulismat sesama Islam malahan ada ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan.

Bismillahirrohmannirrohim.

sumber: bukitbesi

Ucapan Doa Sempena Harijadi


Justeru daripada itu, berikut adalah ucapan doa hari lahir versi bahasa yang mudah dibaca dan di ungkapkan.


Ucapan doa sempena harijadi pertama
Ya Allah ya tuhan kami, bersempena hari kelahiran, kami memohon agar dipermudahkan urusan dan rezeki kami, panjangkan usia dan perbanyakkanlah zuriat keturunan kami. Aaminn.


Ucapan doa sempena harijadi kedua
Ya Allah ya tuhan kami, limpahkanlah rahmat berkat barokah yang penuh kebaikan ke atas kami, keluarga kami, zuriat keturunan kami. Aaminn.

Ucapan doa sempena harijadi ketiga
Ya Allah ya tuhan kami, dengan rezeki ulang tahun kami, permudahkanlah dan sihatkanlah mental fizikal kami, teguhkan dan kentalkanlah semangat kami agar kami sentiasa dapat melaksanakan amal ibadah serta kebaikan dengan utuh dan aentiasa mendapat keberkatanmu. Aaminn.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan