Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2022

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2022

Ucapan selamat tahun baru cina 2022 yang akan di sambut oleh kaum yang merayakannya pada  01 dan 02 Februari 2022 bersamaan hari selasa dan rabu. 

Lazimnya, perayaan tahun baru cina adalah sinonim dengan pesta tarian singa dan deruan bunga api yang warna warni. 

Semasa pesta perayaan, kaum cina selalunya akan mengadakan makan bersama seisi keluarga di meja bulat. Situasi atau budaya sedemikian adalah sangat bagus di mana ia  mengeratkan ikatan persaudaraan sesama keluarga. Dalam masa sama, ia juga mengikis gejalah negatif.

Selain daripada itu, perayaan tahun baru cina bertambah meriah dengan adanya ampau yang disediakan dan diberikan oleh orang tua, saudara mara, rakan - rakan. Nilai ampau yang diberikan adalah bergantung pada keikhlasan si pemberi. Kanak - kanak, sudah pasti terasa keriangan apabila mendapat banyak ampau.

Persiapan dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang menyambut perayaan tahun baru cina;
  • Membersihkan dalam dan luar rumah secara gotong - royong dalam keluarga berkenaan, seperti mop lantai, bersihkan dinding yang berhabuk, potong rumput di halaman rumah, mencat rumah, menghias dengan memasang lampu - lampu.
  • Menyediakan mercun sebagai persediaan dan akan dibakar  apabila sampai detik sambutan tahun baru cina.
  • Menyediakan perkakas untuk mereka sembayang.
  • Melangsaikan hutang piutang agar diri tidak terbeban atau dikeliling oleh hutang, dan terasa bersih semasa berada di hari yang mulia.
  • Melawat orang tua, saudara mara, rakan taulan tanda hormat dan mengeratkan persaudaraan.
  • Mengadakan tarian singa dan naga apabila tibanya hari tahun baru cina.
  • Makan malam bersama sanak keluarga di meja bulat. Ia juga di namakan makan besar.
  • Membeli keperluan makanan dan minuman serta yang lainya.


Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2022




Lanjutan daripada itu, perayaan tahun baru cina 2022 dalam situasi norma baharu bukanlah adalah berbeza dengan mengikuti arahan - arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Namun, dengan adanya kemudahan teknologi digital yang canggih ia amat mudah untuk berhubung antara satu sama lain, bukan sahaja melalui telefon malahan video call, ibaratnya walaupun jauh, namun tetap terasa dekat. Untuk itu, di ucapkan selamat tahun baru cina 2022.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan