Ums Menawarkan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Ums Menawarkan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu Universiti awam yang terletak di kawasan di Negeri Sabah. Universiti ini menawarkan pelbagai program pada peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Pemandangan Universiti Malaysia Sabah yang terletak di tengah - tengah antara laut china selatan dan gunung kinabalu serta rimbunan pokok - pokok menghijau menghangatkan lagi semarak untuk mengikuti pengajian di menara gading ini.

Lazimnya, dan seperti Universiti - Universiti awam yang lain, di UMS juga terdapat banyak pejabat - pejabat pentadbiran dan masing - masing mempunyai fungsi serta tanggungjawab tersendiri, seperti pejabat bendahari, pejabat akademik, pejabat pusat luar ums, fakulti - fakulti, pejabat asrama, pejabat hal ehwal pelajar, pejabat pusat islam, pejabat sukan, pejabat pascasiswazah dan lain - lain lagi.

Justeru daripada iti, Ums membuka peluang dengan menawarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat, itu pembelajaran secara berterusan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan memiliki kelayakan untuk meningkatkan tahap pendidikan masing - masing dengan mengikuti pengajian di peringkat tertinggi, yang mana ianya di kawal selia atau di tadbir oleh pejabat Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah, atau singkatanya PLUMS. 



Ums Menawarkan Pembelajaran Sepanjang Hayat




Pusat Luar UMS (PLUMS) menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat di peringkat Sarjana Muda dan Lepasan Ijazah (Kerja Kursus & Mod Campuran) kepada pemohon yang berkelayakan terutamanya bagi golongan dewasa yang bekerja.

Bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh syarikat dan majikan, kelas dan modul PLUMS dijadualkan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan golongan pelajar dewasa yang bekerja dan kelas dikendalikan oleh ahli akademik UMS yang berpengalaman serta pensyarah pelawat. plums


Lanjutan daripada itu, dan bagi mengikuti pengajian melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat ini, maklumat lebih lanjut tentang program - program yang ditawarkan setiap tahun, boleh layari laman sesawang Plums, dengan menekat pada pautan yang tertera di bawah; 







Ums Menawarkan Pembelajaran Sepanjang Hayat





Maksud pembelajaran sepanjang hayat.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.

PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. wikipedia


Pembelajaran sepanjang hayat juga mampu meningkatkan ilmu pengetahuan secara berterus dalam pelbagai bidang, melalui pendidikan secara formal yang berterusan. Dalam masa sama, ia juga secara tidak langsung membantu merealisasikan impian seseorang untuk bergelar graduan yang berpendidikan tinggi, dengan memiliki segulung ijazah, walaupun pada tingat usia remaja, dewasa ataupun lanjut usia.

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia