Unboxing Pengantin Makin Rancak

Unboxing Pengantin Makin Rancak

Gaya atau trend unboxing pengantin baharu, yang baru melansungkan perkhawinan, semakin rancak dan tular di media sosial seperti tiktok, facebook dan lain - lain lagi.

Terdahulu, perlakuan sedemikian dilakukan dengan membuka atau menanggalkan satu persatu dan perlahan - lahan perhiasan diri pasangan. Dalam masa sama, ia di rakam oleh pasangan atau diri sendiri dan di muat naik di media sosial mereka dengan tujuan memberitahu atau mewar - warkan bahawa pasangan  atau mereka telah berkhawin.





Unboxing Pengantin Makin
Rancak



Ekoran daripada itu, tren baharu yang muncul di media sosial, iaitu ‘unboxing by husband’ yang dilakukan oleh pasangan baru berkahwin telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat, dan rata - ratanya mendapat komen beribu dari warga netizen di mana - mana laman media sosial.



Unboxing Pengantin Makin
Rancak



Justeru daripada itu, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkongsikan terjemahan salah satu surah dalam kitab suci Al- Quran yang mana kandungannya seperti berikut, ekoran tren unboxing pengantin baharu yang tular di media sosial. 





Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Surah An-Nur ayat 30 hingga 31. ohbulan.com


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan