Amalan Sebelum Dan Selepas Subuh

Amalan Sebelum Dan Selepas Subuh

Amalan sebelum dan selepas subuh yang ramai tidak tahu akan manfaatnya yang berlipat kali ganda. Ia bukan hanya melakukan solat fardhu subuh, malahan perbuatan - perbuatan lain yang boleh di lakukan dan mendapat nikmat kebaikan.

Sebelum itu, di awal pembukaan subuh, ini adalah antara doa yang di baca Rasulullah SAW setiap waktu subuh dan rezeki melimpah ruah;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Artinya:“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR. Ibnu Majah, dan Ahmad). myilmupelita



Amalan Sebelum Dan Selepas Subuh



Dalam pada itu, berikut adalah beberapa amalan yang perlu diketahui sebelum dan selepas menunaikan solat fardhu subuh, antaranya;


Pertama

Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq). 

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:  “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i).

Disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.


Kedua

Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ "aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas  (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.

Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata "tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu." Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.


Ketiga

Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.


Keempat

Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:

“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]


Kelima

Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa, 

‎اللهم زقنا الإستقامة 

"Allahumma zugna istiqamah" 

Ya Allah rezekikan kami istiqamah.

Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.


Kelima

Selepas memberi salam solat Subuh,  jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut. 

Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

‎لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ

‎لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ

Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

‎لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ

‎لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ

‎يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,

Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan, Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.

Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.


Keenam

Jangan tinggalkan membaca:

‎اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)

Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca "Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)" 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka." (HR Nasa'i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)

Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, "Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah."


Ketujuh

Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa "Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar”.

‎اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ ...اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka."

Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3.  Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita tidak mampu melaku kan apapun tanpa kekuatan dari Allah.


Kelapan

Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan "Tabung Subuh" di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.


Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,


‎مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا


“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)


Kesembilan

Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi " (HR Muslim).


Kesepuluh

Baca " ...innama sana'uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa"


Surah Taha: 69

‎وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا

‎ إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ

Maksudnya;

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ....sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh. mywilayah




Mengambil wuduk di waktu subuh mampu menyegarkan anggota tubuh badan dengan lebih sihat.

Selain daripada mencucikan diri daripada kekotoran, berwuduk khususnya di awal subuh adalah sangat baik, kerana di waktu inilah terbukanya luas pintu rezeki.


👉 Waktu Solat Digital


👉 Niat Sebelum Wuduk Dan Doa Selepas Mengambil Wuduk


Akhir kata, semoga amalan - amalan yang dikongsikan memberi manfaat kebaikan dan sentiasa di murahkan rezeki serta berada dalam lindungan Allah SWT walau di mana sahaja berada.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian