Waktu subuh adalah waktu di mana pintu rezeki terbuka dan terbentang luas. Oleh itu adalah tidak baik jika selepas menunaikan solat subuh dan tidur semula, seharusnya adalah perlu keluar dan memulakan mencari rezeki yang telah Allah SWT sediakan.
Lanjutan itu, iringi dengan doa agar setiap langkah dan tindak tanduk sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkatan darinya.
Umumnya berikut adalah dua doa yang baik untuk di baca dan di amalkan di awL pagi, sebelum memulakan pencarian rezeki.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.
Artinya:“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR. Ibnu Majah, dan Ahmad).
Doa Amalan Pagi Mustajab |
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak.
Artinya:“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi).
0 Comments