Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

Pengertian puasa.

Puasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara - perkara lainnya yang boleh membatalkan puasa, mula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari 



Doa Berbuka Puasa


👉 Bacaan Niat Sahur Puasa

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هذِهِ السَّنَةِ لِلهِ تَعَالَى


Bacaan dalam bahasa Arab - Latin: 

Nawaitu shauma ghadin 'an adâ'i fardhi syahri Ramadhâni hâdzihis sanati lillâhi ta'âla.


Artinya: "Aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, karena Allah ta'ala."




👉Bacaan Doa berbuka puasa jika berbuka bersendirian/ seorang sahaja



Doa Berbuka Puasa


Bacaan Dalam Bahasa Arab-Latin: 

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’ala rizqika afthartu. Birrahmatika yaa arhamar roohimin. 


Terjemahnya: 

Ya Allah, untukMu aku berpuasa, dan kepadaMu aku beriman, dan dengan rezekiMu aku berbuka. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.




👉Bacaan Doa berbuka puasa jika berbuka lebih daripada seorang / ramai.

Bacaan berbuka puasa jika beramai - ramai atau lebih daripada seorang, bolehlah di baca seperti di bawah:



 
Buka Puasa Ramai - Ramai


Bacaan dalam bahasa Arab - Latin.

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin


Terjemahannya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.


Sebelum anda membaca doa berbuka puasa, adalah sangat baik untuk anda berdoa terlebih dahulu dengan memohon apa - apa sahaja yang diingini, kerana pada ketika itu, iaitu sepuluh minit sebelum membaca doa berbuka puasa, doa yang dipohon adalah makbul.


Di ingatkan juga sebelum menjamu selera, bacalah doa makan dan minum.

Doa makan dan minum dalam bacaan Arab - Latin:

Allahhumma ba..riklana fi'ma rozaktana, wakina azabannar.. aaminn..


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan al- mubarak. Tingkatkan juga amal ibadah dengan mengerjakan amalan - amalan yang lain, yang membawa syafaat kebaikan. Aaminn..


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian