Harga Tiket Dan Destinasi Keretapi Sabah

Harga Tiket Dan Destinasi Keretapi Sabah

Keretapi sabah merupakan salah satu pengankutan darat yang popular dan terkenal di negeri di bawah bayu ini.

Kenderaan keretapi yang antik ini, memulakan operasinya sejak zaman british dahulu lagi. Asalnya laluannya laluan ini di gunakan untuk mengangkut barang - barang ke pelabuhan utama yang terletak di kawasan jeselton bandaraya kota kinabalu.

Namun, lama ke lamaan, landasan dan kenderaanya ini di naik taraf dan di jadikan pengangkutan awam dari daerah tenom ke station sembulan yang terletak di bandaraya kota kinabalu dan perjalannya berulang - alik.  

Sepanjang perjalanan, laluannya akan melalui beberapa daerah dan pekan - pekan, berikut adalah antara laluan keretapi berkenaan;


👉 Perjalanan pertama, mula;

Station sembulan

Station pekan tanjung aru

Station daerah putatan

Station pekan kinarut

Station kawang

Station daerah papar

Station pekan kimanis

Station pekan bongawan

Station pekan membakut

Station daerah beaufort

Station saliwangan baru

Station halogilat

Station rayoh

Station pangi


👉 Station terakhir 

Station daerah tenom


Namun demikian, untuk ke tenom pengunjung perlu bertukar kenderaan keretapi, ini kerana perjalanan  dari station sembulan hanya di jadualkan ke daerah beaufort sahaja.

Setibanya di daerah beaufort, keretapi berkenaan akan berehat sejam dan akan berpatah balik ke station sembulan.




Sepanjang perjalanan, pengunjung boleh menikmati pemandangan tanaman orang - orang kampung seperti kebun sayur - sayuran, dusun durian, ladang nenas dan macam - macam lagi. 

Selain daripada itu, perjalanan juga memberi ketenangan kerana dengan keindahan panorama pemandangan hijau flora dan fauna yang memukau mata mamandang.




Pemandangan Pekan Membakut yang masih kekal dengan senibina
bangunan lama dengan menggunakan meterial kayu


Selain daripada itu, kondidi kenderaan keretapi yang unik kerana ia di lengkapi dengan grabak - gerabak keluaran model dahulu, namun tetap selesa dan selamat. Harga tiket yang ditetapkan juga adalah sangat murah dan mampu di nikmati oleh semua lapisan masayarakat di negeri berkeaan. 

Bagaimanakah untuk mengetahui harga tiket keretapi sabah dari satu destinasi ke satu destinasi lain?

Sila tekan 👇





Hari ini, dengan adanya pengangkutan ini, secara tidak langsung memberi kesan baik khususnya kepada penduduk yang tinggal di laluan kenderaan berkenaan. Selain daripada penjimatan dengan kurang menggunakan kenderan persendirian, ia juga membantu kepada kemuafakatan di kalangan mereka apabila berjumpa di dalam gerabak keretapi dengan secara tidak langsung bertegur sapa dan saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Dalam masa sama, kenderaan ini mampu memyumbang kepada pertumbuhan sektor perlancongan dari masa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian