Keburukan Peperangan

Keburukan Peperangan

Peperangan adalah satu perbuatan untuk berperang antara satu puak dengan puak yang lain, atau antara satu negara dengan negara lain.

Peperangan berpunca disebabkan beberapa faktor atau penyebab. Selain daripada itu, kerana kuasa juga adakalanya mempengaruhi terjadinya peperangan.


Keburukan Peperangan



Dalam pada itu, terdapat banyak keburukan yang boleh di huraikan akibat daripada peperangan, antaranya adalah;
  • Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat antara kedua bela pihak
Peperangan boleh menimbulkan keruntuhan akhlak dikalangan mereka yang berperang. Hati dan fikiran akan di selubungi dengan sifat - sifat negatif seperi benci membenci, takbur dan lain - lain lagi. Akhlak yang tiada nilai juga sangat buruk dan tidak membawa kepada kebaikan serta pembangunan.
  • Peningkatan angka kematian di kalangan yang tidak berdosa
Peperangan yang jahil dan dasyat boleh menyebabkan korban dikalangan rakyat atau orang - orang yang tidak bersalah dan berdosa. Kegiatan peperangan, juga menyumbang kepada kemusnahan harta benda, nyawa dan lain - lain. Dalam pada itu juga, angka kematian akan meningkat hari demi hari. Hal yang tidak sihat, menyebabkan bilangan populasi rakyat di sesebuah negara akan mengurang.
  • Kemorosotan ekonomi sesebuah negara
Peperangan boleh menyebabkan kemerosotan ekonomi sesebuah negara. Kadar matawang serta pertumbuhan ekonominya akan merundum dengan kadar segera. Dalam pada itu juga, masalah yang lain berlaku seperti implasi, migrasi dan lain - lain lagi.

Menjejaskan banyak sektor ekonomi, seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, perkhidmatan dan perdagangan yang boleh menimbulkan krisi ekonomi seperti inflasi dan pengangguran.
  • Timbulnya pelbagai masalah sosial, tekanan dan kemusnahan
Peperangan boleh menyebabkan peningkatan pelbagai masalah sosial - gejala depresi/ tekanan perasaan / traumatism meningkat- terutama dalam kalangan kanak-kanak - menjejaskan pembangunan sumber manusia pada masa depan - masalah lain peningkatan jenayah ,cth rogol,curi - rakyat sentiasa berada dalam ketakutan - banyak kegiatan harian akan terjejas.

Dalam pada itu juga, pembangunan sektor pendidikan akan terancam, kadar keciciran akan meningkat kerana sekolah terpaksa ditutup. Sektor pendidikan tinggi terganggu seperti universiti tutup juga, dan yang paling terjejas golongan kanank-kanak jika perang berpanjangan, menyebabkan kemudahan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.

Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat dan kurang bahan makanan dan bekalan ubat-ubatan. Isu kebuluran dan penularan penyakit berlaku dengan mendadak, taraf kesihatan merosot dan populasi ramai dapat penyakit akibat kurang zat, seperti yang pernah berlaku zaman Jepun di Malaya pada tahun 1941-1945.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan