Pilihanraya adalah satu program yang dilaksanakan atau dilakukan di hampir semua negara. Ia bertujuan untuk mendapatkan wakil pemimpin di satu - satu kawasan atau daerah berkenaan.
Lazimnya pilihanraya terbahagi kepada dua iaitu pilihanraya dun negeri (iaitu pilihanraya di dibiah khusus untuk sesebuah negeri berkenaan sahaja) dan pilihanraya parlimen ( melibatkan semua negeri dalam satu - satu negara).
Umumnya terdapat banyak kelebihan pilihanraya yang perlu diketahui, antaranya adalah berikut;
- Wakil yang di pilih di undi secara saksama oleh rakyat jelata
Kelebihan pilihanraya adalah wakil yang dipilih atau di undi adalah adil dan saksama serta pilihan oleh rakyat sendiri. Wakil yang dipilih juga akan mengalas tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat.
- Mengelakkan perbalahan di kalangan masyarakat tentang siapa yang bakal memtadbir
PIlihanraya juga mampu menapis serta mengelakkan sebarang perbalahan di kalangan masyarakat tentang siapa yang layak dan bakal mentadbir sesebuah negara atau kawasan. Dengan adanya kuasa undi majoriti daripada rakyat, masalah perbalahan dapat di tepis dengan mudah. Rakyat kena akur dengan keputusan yang rakyat tentukan sendiri.
- Menyelesaikan masalah pegangan kuasa secara berterusan
Pilihanraya juga dapat menyelesaikan masalah pegangan kuasa yang di sandang oleh seseorang dalam tempoh yang lama. Undian kuasa rakyat akan menentukan siapa yang seterusnya layak dan telus mentadbir sesuatu kawasan. Dalam masa sama, dengan pilihanraya juga isu pegangan kuasa dapat di ganti - ganti dikalangan ahli yang lain.
0 Comments