Telefon bimbit atau telefon pintar adalah salah satu peralatan perhubungan pada masa kini yang boleh di angkut atau di bawah dari satu kawasan ke kawasan lain.
Peralatan canggih ini sememangnya di miliki oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda, miskin kaya dab di mana sahaja.
Justeru itu, terdapat banyak kelebihan telefon bimbit yang mana pada hari ini menjadi keutamaan serta keperluan asas kepada setiap individu, antaranya;
- Mudah di alihkan dan diangkat dari satu tempat ke satu tempat yang lain
Telefon bimbit yang bersaiz kecil sangat mudah di bawah dari satu tempat ke tempat lain. Dalam masa sama, ia boleh di simpan dalan beg, poket atau di pegang dengan mudah. Saizya yang berbeza mengikut jenama memudahkan ianya dikendalikan oleh setiap individu dengan baik.
- Alat perhubungan tercanggih dan sangat pantas
Telefon bimbit hari ini merupakan satu alat perhubgan yang canggih tanpa wayar. Ia dapat menghubungkan antara satu sama lain melalui panggilan telefon, video call dan sms (short message sent). Dalam masa sama, peralatan ini juga mampu di gunakan untuk menghantar sesuatu dokumen dengan pantas. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan untuk kerja - kerja pejabat seperti menyemak emel, membuat surat atau laporan dan lain - lain lagi.
- Mampu menyimpan maklumat dalam jumlah yang banyak
Kelebihan telefon bimbit juga adalah kemampuannya yang berupaya menyimpan sesuatu maklumat pada kuantiti yang banyak. Dalam masa sama, banyak pautan yang berfungsi dan boleh menyimpan maklumat antara google drive, external telefon dan lain - lain lagi.
- Membantu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang dengan lebih pantas dan berkesan
Peralatan telefon bimbit pada masa kini dengan tambahan internit mampu membantu seseorang kepada peningkatan ilmu pemgetahuan. Maklumat semasa hanya diperolehi di hujung jari serta merta. Dalam pada itu, ia juga memudahkan teransaksi pembelian dan penjualan sesuatu produk perniagaan dengan pantas.
0 Comments