Selalu meminta maaf tanpa sebab
Mangsa penderaan mental akan merasa lemah dan selalu rasa bersalah dalamnpelbagai aspek walaupun tabpa sebarang sebab atay punca. Rasa bersala akan mudah timbul dalam diri, dan lantas memohon maaf.
Sentiasa menyendiri dan menyepi
Perbuatan menjauhkan diri, atau menyendiri daripada rakan - rakan akan berlaku. Menyepi tanpa sebab juga mendorong seseorang yang pernah mengalami penderaan mental sebelumnya.
Kesan Dan Cara Mengatasi Penderaan Mental |
Sukar untuk rasa bertenang
Seseorang yang menerima atau pernah mengalami penderaan mental, adakalnya terlalu emosi terhadap sesuatu perkara dan sukar di tenangkan atau mendapat ketenangan. Bayangan adakalanya menghantui diri, dan hal sedemikian adalah tidak sihat dengan boleh memudaratkan kesihatan.
Selalu merasakan diri tidak sempurna
Keyakinan adakalanya menyusut, kerana merasa takut dan murung. Mereka yang menerima penderaan mental akan cenderung merasakan diri tidak sempurna dan tidak bermaya terhadap sesuatu perkara atau program yang di lakukan.
Sering menyembunyikan perasaan sendiri
Seseorang yang mengalami penderaan mental bukan sahaja merasa takut, malahan mereka sering menyembunyikan perasaan sendiri daripada diketahui ramai. Rasa malu akan timbul, dan tidak berani menyuarakan sesuatu walaupun ianya dirasakan tepat.
Perlu di yakinkan berulang kali
Kelemahan juga akan muncul pada mereka yabg pernah mengalami tekanan mental. Mereka adakalanya pelupa dan seringkali diyakinkan oleh orang kain terhadap sesuatu perkara yang memerlukan kata putus. Keyakinan yang kurang, dan periu dorongan orang lain adalah satu penawar dan pemberi semangat kepada mereka.
Mudah merasa takut tanpa sebab
Keberanian juga akan menyusut, dan mudah merasa takut walaupun kesalahan bukan berpunya dari diri sendiri malahan orang lain. Tindakan melawan yang kurang dan adakalanya sering memendam untuk diri sendiri.
Kesan Dan Cara Mengatasi Penderaan Mental |
Keyakinan yang rendah terhadap sesuatu perkara
Kesan penderaan mental juga boleh membawa kepada kurangnya keyakinan yang rendah terhadap sesuatu perkara. Hal ini boleh membawa kepada seseorang untuk tidak atau kurang aktif terhadap hal - hal sosial.
Mudah terasa dan sebab jika berlaku perbalahan
Mudah terasa atau tersinggung jika terjadi sesuatu perbalahan antara kedua bela pihak. Sifat emosional akan terserlah pada wajah dan perbuatan, seperti menangis, menjauh dan sebagainya
Berat dan malas meluahkan kata - kata walaupun ianya adalah tindakan betul
Kesan juga adalah menjurus kepada terasa berat dan malas meluahkan sesuatu pendapat atau kata - kata walauoun ianya adalah tindakan betul dan membina. Terasa tidak yakin dengan kenyataan, dan cenderung membiarkannya begitu berlalu sahaja.
Sukar menerima sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan pendapat
Sifat agresif juga, mendorong seseorang yang mengalami tekanan untum sukar menerima sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan pendapat.
Ikuti artikal lain berikut yang bermanfaat untuk semua:
Perbuatan Yang Boleh Merosakkan Otak
Tindakan yang perlu dilakukan.
- Letakkan diri pada paksi positif yang seimbang dengan baik
- Kawal pergaulan sosial dengan hanya mendekati insan yang mulia dan membina serta membawa kemajuan
- Lonjakkan diri pada paksi maksimum, dengan menganggap sesuatu yabg muncul adalah cabaran dan kegembiran
- Perbanyakkan melakukan amalan - amalan jariah yang menjurus kepada keagamaan
- Gunakan minta atau otak secara bijaksana, dengan meletakkan sesuatu perkara adalah ketentuan Ilahi
- Lakukan sesuatu kerja yang memberi habuan pada diri, yang memberi impak kebahagian
- Tanamkan dalam diri sifat - sifat harmoni yang mendorong kepada kemajuan dan kebahagian
0 Comments