Kesan Daripada Pembakaran Hutan

Kesan Daripada Pembakaran Hutan

Fenomena pembakaran hutan khususnya tidak terkawal sering berlaku di zaman teknologi ini. Ia bukan sahaja sengaja, malahan ada yang terpaksa di bakar kerana pembangunan sesebuah negara.

Dalam pada itu juga, pembakaran hutan adalah jalan paling cepat untuk membersihkan sesuatu kawasan yang ingin dibangunkan. Selain itu, ia juga menjimatkan kos serta tenaga buruh.


Kesan Daripada Pembakaran Hutan 



Justeru daripada aktiviti pembakaran hutan, banyak implikasi atau kesan yang timbul dari masa ke semasa, antaranya adalah berikut;
  • Pencemaran udara yang tidak terkawal
Pembakaran hutan boleh menyebabkan pencemaran udara disebabkan kepulan asap tebal ke udara. Dalam masa sama ia menyumbang kepada udara menjadi kotor dan menganggu kepada pernafasan orang atau manusia kerana oksigen di udara tercemar dengan asap.

Dalam pada masa sama, ia boleh menjejaskan kesihatan dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai pemyakit, seperti sesak nafas, serangan jantung atau paru - paru dan banyak lagi.
  • Kehilangan habitat tetap bagi flora dan fauna
Kesan pembakaran hutan juga boleh menyebabkan kepada kehilangan habitat atau tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kemusnahan ekosistem yang damai menjadi padang jarak padang terkukur kerana terbakar atau di bakar. Hal ini juga boleh menyebabkan banyak fauna yang terpaksa berpindah ke kawasan lain, dan ada juga yang mati dan pupus.
  • Terjadinya hakisan dan tanah runtuh dengan mudah
Hutan atau kayu kayan yang musnah di bakar atau terbakar boleh menyebabkan kepada terjadinya hakisan dan tanah runtuh dengan mudah. Hal ini terjadi kerana ketiadaan lagi pokok - pokok yang menyokong struktur tanah daripada runtuh, apabila hujan melanda. Fenomena seperti banjir akan mudah berlaku dan memusnahkan struktur sesebuah kawasan.



Kesan Daripada Pembakaran Hutan 



Dalam pada itu juga, pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara. Gas karbon dioksida, monoksida,wap air dan hidrokarbon yang lain akan terapung di udara. Jika gasterdapat dalam kuantiti yang banyak ia akan menyebabkan berlakunya jerebu seterusnya akan menyebabkan pencemaran udara.Selain itu juga pembakaran hutan juga akan meningkatkan suhu bumi. Hal ini kerana tumbuh - tumbuhan di kawasan hutan merupakan liputan hijau yang melindungi permukaan bumi dari sinaran matahari secara langsung. Oleh itu pembakaran hutan menyebabkan tumbuhan tidak dapat berfungsisebagai pelindung sinaran matahari.Seterusnya akan menyebabkan peningkatan suhu di sesuatu kawasan yang mengalami kebakaran hutan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia