Fenomena gempa bumi adalah salah satu bencana alam yang berlaku di luar jangkaan atau ramalan.
Gempa bumi adakalanya terjadi di siang hari atau di malam hari. Rekahan struktur batuan dalam kerak bumi yang tidak stabil menyebabkan gegaran berlaku.
Dalam pada itu, gegeran yang berskala besar dan datangnya dari dasar laut, adakalnya membawa bencana tsunami.
Justeru daripada itu, langkah apaba berlakunya gempa bumi perlu di ambil dan dilakukan secara bijaksana, apatalagi jika berada dalam sesebuah bangunan yang tinggi.
Oleh itu, berikut adalah beberapa langkah dikongsikan bersama, bila berhadapan dengan fenomena gempa bumi, antaranya;
- Tundukkan diri secara meletakkan tangan pada tenguk dan menunduk ke lantai
Apabila gegeran berlaku, berselindung di bawah yang selamat seperti meja atau apa - apa objek yang mampan dan meletakkan tangan pada tengkuk serta menunduk. Jangan sesekali berdiri kerana ia amat merbahaya.
- Berlari ke arah tangga dan bergegas ke aras bawah, keluar bangunan
Jika pada peringkat awal, lakukan larian pantas dengan terus menurunk anak tangga dan berlari ke bawah, dan seterusnya keluar bangunan. Elakkan atau jangan sesekali menggunakan lift. Jauhkan diri dari bangunan, dan berada di assemble point yang ditetapkan. Semasa keluar bangunan, tinggalkan semua barang - barang dan hanya terus keluar bangunan.
- Jika siren lambat di bunyikan, teriak dengan nada yang kuat, agar rakan - rakan yang lain dapat mendengar dan menyelamatkan diri masing - masing
Dalam sesebuah bangunan adakalanya siren lambat berbunyi atau mengalamai kerosakkan, tindakan yang bijak dengan berteriak bahawa adanya gegaran / gempa bumi, agar semua dalat melarikan diri keluar bangunan dengan pantas dan selamat.
- Jauhkan diri dari objek yang tajam atau membahayakan keselamatan
Jauhkan diri dari objek yang merbahaya seperti tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga yang bergantungan dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh. Dalam masa sama, jangan menggunakan lilin, mancis atau sebarang bahan punca api yang lain kerana berkemungkinan kebocoran gas akan berlaku. Padamkan semua sumber api. Dalam pada itu, jangan sesekali menyalakan rokok atau membuang puntung rokok.
0 Comments