Pantun Nasihat Di Hari Jumaat

Pantun Nasihat Di Hari Jumaat

Pantun pertama.

Solat fardhu ada lima waktu
Janganlah abaikan setiap waktu
Kita di dunia usahlah ragu
Tingkatlah amal dan ilmu setiap waktu


Pantun kedua

Hari jumaat hari yang indah
Banyak perkara kebaikan di dalamya
Janganlah leka dan alfa rebutlah peluang yang tersedia


Pantun ketiga

Hari jumaat penghulu hari
Lakukanlah ibadahmu dengan teliti
Jangan dilupa kanan dan kiri
Kerana ada yang catit setiap hari


Pantun keempat

Salam subuh salam mulia
Keluarga bahagia hidup sejahtera
Jangan berdomba setiap masa
Kelak diri yang akan merana


Pantun kelima

Hari ini hari jumaat
Marilah kita tingkatkan martabat
Ingat mengingat para sahabat
Semoga kita mendapat rahmat


Pantun keenam

Hari jumaat penuh baroka
Gandakan amalan dengan bijaksana
Usahlah kita bersifat alfa
Kerana itu hanyalah sia - sia


Pantun ketujuh

isnin selasa dan rabu
nama hari macam lagu
hari yang paling ditunggu
tentulah jumaat hari penghulu


Pantun kelapan

isnin tiba ramai tak suka
selasa juga nasib serupa
kalau jumaat menjelang tiba
pasti ramai tersenyum gembira


Pantun kesembilan

Kalau makan buah berangan 
Jangan duduk diatas papan
Potong kuku kaki dan tangan
Antara amalan sunat dilakukan


Pantun kesepuluh

Naik basikal ke rumah Majid
Rumahnya jauh di kg sebelah
Waktu tengahari pergi masjid
Kita solat Jumaat berjemaah



Pantun Nasihat Di Hari Jumaat



Salam hari jumaat, semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terus cekal berdiri melaksanakan amalan - amalan yang di amanahkan Allah SWT dengan lebih gembira.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat