Pelitup Hidung Diperkenal Pakai Bila Makan

Pelitup Hidung Diperkenal Pakai Bila Makan

Dalam zaman coronavitus ini, pelbagai langkah di ambil untuk mengatasi penularan pendemik ini, bukan sahaja kepada vaksin, malahan kepada penggunaan peralatan seperti khususnya face mask. Peralatan berkenaan di lihat sudah menjadi keperluan asas dalam perbelanjaan isi rumah 

Susulan daripada itu, permintaan terhadap pelitup muka semakin meningkat dan hari ini dilihat pelbagai rekaan fesyen pelitup muka di hasilkan sehinggakan lebih meriah dengan beraneka warna dan gaya, ada yang warna putih, hitam, pink, merah, bercorak dan macam - macam lagi.


Lain pula ceritanya, demi mengekang penularan pendemik covid-19. Di Negara Korea Selatan, salah satu sebuah Syarikat telah memperkenalkan pelitup muka, namun kelihatan sedikit pelik yang dikenali sebagai Kosk.

Pelitup hidung Kosk ini akan diperkenal khas untuk dipakai ketika makan. Pelitup Kosk bertujuan untuk menutupi bahagian hidung sahaja. Terdahulu, pelitup muka adalah antara peralatan yang wajib dipakai pada era pandemik ini bagi mengelakkan penularan Covid-19.



Kosk yang hanya menutupi bahagian pernafasan hidung adalah bertujuan langkah perlindungan apabila hendak makan atau minum. Pelitup muka masih digunakan, namun di tambah dengan pelitup Kosk. Erti kata lain, bila pelitup muka ditanggalkan, Kosk masih di pakai dan hanya menutupi bahagian hidung.



selayangpandang

Pelitup Hidung Diperkenal
 Pakai Bila Makan





Kosk merupakan gabungan perkataan Ko + Mask, di mana Ko merupakan panggilan untuk hidung dalam bahasa Korea. Menurut Oddity Central, rekaan ini dicipta bagi memudahkan pengguna seperti semasa makan atau apa jua aktiviti yang melibatkan mulut. Meskipun sedang menikmati makanan, perlindungan terhadap Covid-19 masih boleh dilaksanakan dengan menutupi bahagian hidung. selayangpandang



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia