Perbandingan Ketenteraan Rusia Dan Ukraine

Perbandingan Ketenteraan Rusia Dan Ukraine

Kini peperangan tercetus antara dua negara iaitu negara Rusia dan Negara Ukraine. Perbalahan kedua negara disebabkan konflik yang belum menerima jalan penyelesaian.

Lantaran daripada itu, mengikut kapasiti saiz benua, negara Rusia berkeluasan berlipat kali ganda daripada negara Ukraine. Dalam masa sama, melihat pada aspek ketenteraan, negara Rusia bukan sahaja mempunyai bilangan tentera iaitu askar yang ramai malahan penggunaan senjata moden yang canggih. 


-gambar sekadar hiasan-
Perbandingan Ketenteraan Rusia Dan Ukraine


Justeru daripada itu, perlu lihat dan tahu perbandingan ketenteraan negara Rusia dan negara Ukraine, adalah berikut;


Polulasi atau kepadatan penduduk antara kedua negara berkenaan.

Berdasarkan pada laporan wikipedia, Negara Rusia adalah negara terbesar di dunia mengikut keluasan, ia meliputi lebih 17,125,191 kilometer persegi (6,612,073 batu persegi), dan merangkumi satu perlapan daripada jisim bumi yang boleh di diami. Rusia juga adalah negara kesembilan paling ramai penduduk dan negara paling ramai penduduk di Eropah, dengan populasi 145.5 juta.

Manakala negara Ukraine, mempunyai keluasan kawasan seluas 603,628 km2 (233,062 batu persegi) dengan populasi 43.6 juta dan merupakan negara kelapan paling ramai penduduk di Eropah. Ibu kota negara dan bandar terbesar ialah Kyiv.


Perbelanjaan pemilikan senjata

Pemilikan senjata dan menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), yang menjejaki perdagangan senjata global, pada AS$ 61.7 bilion, perbelanjaan ketenteraan Rusia pada 2020 adalah lebih sepuluh kali ganda daripada AS$5.9 bilion yang dibelanjakan oleh Ukraine.


Ketenteraan (askar)

Jumlah ketenteraan askar, menurut Global Fire Power yang telah menganalisis keupayaan ketenteraan negara di seluruh dunia sejak 2006, manakala Rusia adalah negara kedua paling berkuasa dari segi ketenteraan, Ukraine berada di kedudukan ke-22 daripada 140 negara.


Peralatan perang kapal selam

Peralatan tempur senyap dasar laut, negara Rusia memilik 70 buah kapal selam yang berteknologi tinggi, berbanding negara Ukraine yang tidak memiliki kapal selam.


Pesawat tempur udara berkelajuan tinggi

Pesawat tempur udara, di mana negara Rusia memiliki 772 pesawat pejuang, manakala Ukraine hanya mempunyai 318 jumlah pesawat, dengan hanya 69 pesawat pejuang.


Kereta kebal dan perisai darat

Rusia mempunyai sekitar 12,500 kereta kebal dan lebih 30,000 kenderaan perisai, manakala Ukraine hanya mempunyai sekitar 2,600 kereta kebal dan 12,000 kenderaan perisai.


Kapal laut berkelajuan tinggi dan dilengkapi dengan peralatan perang yang moden

Negara Rusia memiliki 600 buah kapal laut yang dilengkapi dengan peralatan perang yang canggih, manakala negara Ukraine hanya memiliki 38 buah sahaja.


sumber: watandaily

Perbandingan Ketenteraan Rusia Dan Ukraine


Walaupun populasi dan benua negara Ukraini bersaiz kecil namun semangat perang tetap menebal di sanubari masyarakat tenteranya. 


Dalam pada itu, menurut The New York Times, AS telah memberikan lebih AS$2.7 bilion kepada Ukraine dalam bantuan keselamatan sejak 2014, termasuk pakej AS$200 juta pada bulan Disember “yang terdiri daripada peralatan seperti Lembing dan sistem anti-perisai lain, pelancar bom tangan, sejumlah besar artileri. , mortar dan peluru senjata kecil”.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia