Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
sumber: wikepedia Punca Tanah Runtuh Berlaku |
Selain daripada itu, kejadian tanah runtuh sering berlaku di mana - mana kawasan, khususnya di kawasan berbukit atau tanah tinggi atau lereng bukit. Ia adakalanya menutupi jalan dan menyebabkan jalan tidak dapat di lalui.
Kegiatan pembalakan dan pembangunan juga menyumbang kepada terjadinya fenomena tanah runtuh. Hal ini kerana struktur tanah yang diterokai menjadi tidak kukuh atau stabil dan apabila berlakunya hujan lebat tanah akan di bawah oleh air dan menyebabkan terjadinya tanah runtuh.
Tindakan membina rumah di lereng bukit atau tepi bukit adalah berisiko tinggi kepada terjadinya tanah runtuh. Tiang rumah yang kukuh boleh goyah akibat tanah yang lembab jika tidak ada benteng atau sesuatu struktur yang keras menjadi penahannya.
👉 Kesan Pembalakan Tidak Terkawal
👉 Punca Berlakunya Banjir
0 Comments