Tip Penjagaan Kenderaan

Tip Penjagaan Kenderaan

Kenderaan darat khususnya (kereta, lori, bus dan sebagainya) dan tidak kira jenama haruslah di jaga dengan lebih teliti dan baik agar kenderaan yang dimiliki sentiasa berada dalam keaadaan yang baik dan selamat digunakan.
Justeru daripada itu, berikut adalah beberapa tip yang boleh di gunakan, agar kenderaan lebih tahan lama dan mempunyai kestabilan yang mantap, antaranya;
  • Penukaran minyak hitam / minyak pelincir mengikut jadual
Minyak hitam adalah sangat penting pada enjin sesebuah kenderaan, tanpa minyak hitam kenderaan boleh bergerak namun tidak lama kerana akan menjadi overheat dan seterusnya merosakkan struktur dalaman enjin. Oleh yang demikian, penukaran minyak hitam mengikut jadual yang ditetapkan membantu meningkatkan kestabilan serta kelancaran selinser, pistun serta yang lainnya di dalam enjin dengan lebih lembut dan lancar. Dalam masa sama, pickup kenderaan sentiasa seimbang dan laju.
  • Mencuci radiator dan menggunakan pelincir coolent yang berkualiti
Radiator juga haruslah sentiasa diperiksa setiap sekali dalam seminggu / dua minggu bagi mengelakkan kandungan coolent mengurang atau kosong. Hal ini sangat penting, kerana apabila kurang temperature kenderaan akan naik dan enjin menjadi panas. Oleh yang demikian, kerapkan mencuci radiator agar ia sentiasa bersih dan tidak berkarat. Gunakan coolent yang berkualiti, dan elakkan menggunakan air.
  • Mencuci kenderaan sentiasa, samaada manual atau carwash speedy
Penjagaan seterusnya adalah sentiasa membersihkan body kenderaan, termasuk bahagian bawah kenderaan dengan kerap. Ini sangat penting agar kotoran tanah yang melekat pada kenderaan menjadi punca kepada karat. Awas, jika kendeeaan telah berkarat, kos yang tinggi diperlukan untuk menampalnya. Oleh itu, kadar cucian adalah melihat pada tahap kotoran kenderaan.
  • Pemeriksaan tayar secara berkala
Tayar adalah elemen yang penting juga, kerana tanpa tayar kenderaan memang sukar untuk digerakkan. Penjagaan tayar setiap dua minggu sekali adalah memadai dengan melihat sendiri jalur bunga kenderaan dengan memusing stering ke kiri dan kanan, jika jalur bunga masih seimbang bermakna tayar dan alignment kenderaan masih dalam keadaan stabil. Namun bunga tayar kenderaan menipis samaada kiri atau kanan atau tengah, bermakna kenderaan perlu di periksa atau alignment, ia sangat penting bagi mengelakkan tayar kenderaan bertambah teruk.


Tip Penjagaan Kenderaan





Dalam pun demikian, bagi mengekalkan momentum sesebuah kenderaan dengan lebih baik, aspek yang lain juga perlu diberi perhatian walaupun ianya bukan kepada tunjuang kenderaan, seperti keseluruhan struktur enjin kenderaan, lampu, cermin, tempat duduk, dan lain - lain lagi.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan