Amalan Dibulan Ramadan

Amalan Dibulan Ramadan

Bulan ramadan adalah bulan mulia selama sebulan. Bukan ini penuh keberkatan apatalagi jika melakukan perkara - perkara yang di sukai Allah SWT.

Dalam pada itu, ganjaran berlipat ganda pahala akan dikecapi, bukan sahaja untuk nikmat di dunia malahan juga di akhirat kelak.


Berikut adalah amalan dibulan ramadan yang memberikan manfaat kebaikan, antaranya;
  • Bersahur diwaktu subuh
  • Menyegerakan waktu berbuka puasa
  • Mengerjakan solat terawih secara berjemaah di masjid atau surau
  • Memperbanyakan membaca kitab suci Al- Quran
  • Memperbanyakan bersedekah kepada yang memerlukan
  • Memberi makan dan minum kepada orang - orang yang berbuka puasa
  • Menahan diri daripada melakukan perkara - perkara keburukan yang boleh membatalkan puasa
  • Melakukan iktikaf di masjid atau surau
  • Sentiasa hadir awal ke masjid atau surau bagi solat secara berjemaah
  • Memperbanyakan berdoa
  • Bertadarus, dan khatam Al - Quran
  • Melakukan zikir dengan memuji kebesaran Allah SWT
  • Proaktif melakukan solat limanwaktu dan solat - solat sunnat
  • Melakukan amalan dakwah / berdakwah
  • Mengerjakan solat taubat, tanda kesyukuran dan menyesal atas kesalahan lalu dan beriltizam tidak melakukannya semula
  • Menunaikan zakat mengikut kadar yang telah ditetapkan
  • Menunaikan ibadah umrah jika berkemampuan
  • Menghidupkan malam lailatul Qadar dengan amalan - amalan kebaikan
  • Melakukan ibadah witir 
  • Menghidupkan malam 2/3 dengan aktiviti yang baik dan membawa manfaat dan syafaat


Semoga dengan amalan - amalan yang dilakukan sepanjang bulan ramadan mendapat keberkatan Allah SWT.



Amalan Dibulan Ramadan




Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ.

Artinya: Apabila Ramadhan datang maka pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Di bulan Ramadan yang mulia Allah SWT juga menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umatnya yang melakukan ibadah dan juga kebaikan. Maka dari itu, pintu syurga terbuka luas. Kemudian Allah juga akan mengampuni dosa setiap umatnya yang bertaubat, maka dari itu pintu neraka akan tertutup rapat.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia