Biodata Erma Fatima

Biodata Erma Fatima

Biodata Erma Fatima

Pn. Erma Fatima merupakan anak seni tempatan yang bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak di usia remaja. 

Selain daripada berlakon, erma juga aktif dalam penulisan skrip, penerbitan dan sebagai pengarah filem.

Dalam pada itu, puan juga sentiasa bersifat teliti dan tegas serta bersungguh - sungguh dalam perkara yang dilakukan, agar hasil kerja yang dibuat adalah bermutu tinggi dan berkualiti.

Sifatnha yang peramah dan sentiasa senyum mudah disantuni oleh rakan - rakan sekeliling.



Maklumat diri

Nama sebenar:
  • Pn. Fatimah Kalsum binti Rahmad Ali
Nama panggilan:
  • Erma Fatima
Tarikh lahir:
  • 14 Mac 1968
Umur pada tahun 2022:
  • 54 Tahun
Asal:
  • Kuala Lumpur, Selangor
Nama suami:
  • En. Bade Hj. Azmi (1991 hingga 2017) 
Bilangan anak:
  • 5 anak angkat
Pekerjaan
  • Pelakon, pengarah, penerbit, penerbit televisyen, penulis skrip


Sepanjang kerjaya Pn. Erma Fatimah pelbagai anugerah telah di menanginya dari tiga pencalonan berprestij peringkat negara Malaysia, 

  • Anugerah Festival Filem Malaysia
  • Anugerah Skrin
  • Anugerah PROFIMA


sumber: wikipedia

Biodata Erma Fatima




Pencapaian kerjaya

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta 87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Sumber wikipedia mencatatkan bahawa, beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Jimi Asmara lakonan Hani Mohsin. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan